Surah Ghafir ayat 44 dianjurkan untuk membacanya setiap hari agar dapat memberi ketenangan hati selain segala urusan dipermudahkan.
Di dunia ini, setiap manusia pasti akan diuji dengan pelbagai cabaran, sama ada dalam bentuk kesenangan atau kesusahan. Ujian tersebut boleh diatasi dengan membaca surah Ghafir ayat 44 ini.
Baca juga: Alamak! Terlupa Baca Niat TANPA SENGAJA, Sah Puasa Atau Kena Ganti?
SURAH GHAFIR AYAT 44, BACA 3 KALI UNTUK MUDAHKAN URUSAN

Surah Ghafir ayat 44:
وَأُفَوِّضُ أَمْرِيٓ إِلَى ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرٌۢ بِٱلْعِبَادِ
Maksudnya: “(Kiranya kamu tetap berdegil sekarang) maka kamu sudah tentu akan mengetahui kebenaran apa yang aku katakan kepada kamu; dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya.”

Menerusi perkongsian di laman media sosial, dinasihatkan untuk membaca surah Ghafir ayat 44 ini sebanyak 3 kali sebelum melakukan sebarang aktiviti harian.
InsyaAllah, segala urusan akan dipermudahkan dan setiap ujian yang menimpa anda akan membawa kebaikan serta hikmah yang besar dalam kehidupan.
Dalam Surah Al-Baqrah ayat 286 menjelaskan bahawa Allah SWT tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.
Oleh itu, teruskan berusaha, berdoa, dan bertawakal kepada Allah. Dengan keyakinan dan kesabaran, kita akan menemui jalan keluar bagi setiap kesulitan.
Sesungguhnya, Allah Maha Penyayang dan sentiasa bersama hamba-hamba-Nya yang bersabar serta meletakkan sepenuh kepercayaan kepada-Nya.
Baca juga: Ada 3 Waktu Mustajab Berdoa Ketika Bulan Ramadan, Rebut Peluang Ini Untuk Minta Segalanya..
Sumber: TikTok
