Euforia Bola 2026
Famili

Ahli Farmasi Ini Kongsi Pilih Suplemen Berbanding Ubat, Bila Makan Kekal Bertenaga & Tambah Lawa!

SUPLEMEN UNTUK BADAN

Menerusi perkongsian di laman Facebook milik ahli farmasi yang dikenali sebagai Ony Nurhusni, dia menjelaskan bahawa pemilihan suplemen untuk badan lebih penting berbanding ubat.

Jelasnya, apabila usia mencecah 40-an, badan mula memberi ‘isyarat’ mengenai kesihatan seperti cepat lesu dan emosi tidak stabil.

Baca juga: Selalu Minum Teh Tarik Pun Tak Apa, Bila Gabung Dengan Makanan Ini Bacaan Gula Tak Naik!

SUPLEMEN UNTUK BADAN JADI PILIHAN AHLI FARMASI

SUPLEMEN UNTUK BADAN

Freepik

Sebagai seorang ahli farmasi, secara peribadi saya tidak menjadikan ubat sebagai pilihan pertama, walaupun setiap hari saya dikelilingi dengan ubat.

Namun begitu, ubat juga bukanlah musuh kerana ada keadaan yang memang memerlukan rawatan melalui ubat.

Apabila usia mencecah 40-an, tubuh kita mula menunjukkan perubahan seperti :

  • Badan cepat rasa lenguh
  • Tidur tidak lagi senyenyak dahulu
  • Rambut semakin menipis
  • Emosi terasa sangat rapuh

Saya tahu bahawa ubat semata-mata tidak mampu menyelesaikan semuanya. Jadi, langkah pertama saya dalam usaha rawatan adalah mengubah cara berfikir.

Saya mula rutin harian yang baru:

– Minum air putih setiap pagi dengan secubit garam mineral.

– Paksa diri untuk berjalan kaki lebih kerap.

– Senaman dengan dumbbell 1kg sekurang-kurangnya 10 minit sehari.

– Lakukan regangan dan pernafasan dalam.

– Menulis jurnal untuk kesan tabiat buruk dan tetapkan matlamat baru.

– Lebihkan pengambilan protein, kurangkan karbohidrat.

– Kurangkan gula dalam pemakanan.

Saya juga rangka rutin suplemen peribadi untuk menyokong kesihatan menyeluruh.

Pilihan suplemen agar kekal cantik & bertenaga

1. Kalsium & Vitamin D – untuk tulang dan sistem imun, yang mula tidak stabil apabila hormon berubah.

2. Magnesium – bantu saya tidur lebih lena dan stabilkan emosi.

3. Kolagen – untuk sokong kesihatan sendi, rambut dan kulit.

4. Omega-3 – untuk kawal keradangan, jaga jantung dan fungsi otak.

5. L-theanine – untuk kuatkan semula fungsi kognitif otak (kerana mereka yang alami keresahan dan kemurungan, biasanya daya berfikirnya menurun).

Usaha ini bukan berlaku dalam sehari dua, ambil masa 1 hingga 2 tahun untuk benar-benar konsisten dalam mengubah gaya hidup dan corak pemakanan.

Hasilnya, saya rasa jauh lebih sihat, lebih kuat dan lebih bahagia berbanding sebelum ini. Kulit berseri, minda lebih tahan lasak, jiwa pula lebih tenang.

Baca juga: Doktor Kongsi Jenis Sayur Yang Bahaya Makan, Boleh Jadi Punca Darah Beku & Batu Karang!

Sumber: Facebook Ony Nurhusni

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×