Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bakal memperkenalkan subjek baharu iaitu Pendidikan Karakter sebagai asas utama dalam Kurikulum Persekolahan 2027 bermula tahun depan. Subjek ini dirancang untuk memberi penekanan yang lebih mendalam terhadap pembangunan nilai, sahsiah dan integriti murid di semua tahap pendidikan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menjelaskan bahawa persiapan intensif sudah dijalankan menjelang pelaksanaan kurikulum tersebut. Pelaksanaan Pendidikan Karakter akan bermula di peringkat prasekolah terlebih dahulu, sebelum diperluas ke sekolah rendah dan menengah.
Baca juga: Memang Selalu ‘Mengaum’ Bila Jaga Anak Lelaki, Tapi Tak Sangka Kelebihan Ini Buat Hati Tenang…
PENDIDIKAN KARAKTER DIPERKENALKAN TAHUN DEPAN – FADHLINA

Dalam kurikulum sedia ada, elemen nilai, moral dan peribadi telah wujud, tetapi subjek baharu ini akan mengukuhkan dan menyusun secara lebih sistematik elemen-elemen tersebut.
Salah satu aspek penting dalam kerangka Kurikulum 2027 ialah konsep karamah insaniah, yang melibatkan nilai kemanusiaan seperti tanggungjawab, integriti dan kesedaran sivik. Dalam pelaksanaan ini, KPM akan memperkenalkan tujuh domain utama: perkembangan diri, komunikasi, tanggungjawab, kefasihan digital, literasi pelbagai, kemahiran berfikir dan pembelajaran sepanjang hayat.
Slot masa khusus juga akan diperuntukkan bagi pembelajaran sosioemosi secara amali, yang bermula dari prasekolah hingga peringkat menengah atas.
Menurut Fadhlina, kurikulum baru akan menekankan pendekatan holistik dan bersepadu. Contohnya, kelas pembelajaran bersepadu akan digabungkan dengan disiplin ilmu lain supaya murid dapat menghubungkan nilai dengan pengetahuan praktikal.
Bagi memastikan keberkesanan, KPM turut memberi tumpuan kepada latihan profesional untuk guru agar mereka bersedia membimbing murid dalam aspek nilai dan karakter.

Walaupun ada yang menyuarakan kebimbangan bahawa isu-isu negatif dalam pendidikan disembunyikan, Menteri menepis dakwaan tersebut. Beliau menegaskan bahawa insiden yang berlaku memang ada dilaporkan kepada pihak sekolah, jabatan pendidikan dan kaunselor, tetapi kadangkala dianggap kecil atau sementara, lalu dibalas dengan tindakan intervensi ringan.
Pelaksanaan kurikulum baru ini juga selari dengan usaha pembaharuan lain dalam sistem pendidikan. Jadual pelaksanaan akan bersifat berperingkat untuk pendidikan Karakter akan diperkenalkan di prasekolah dahulu, manakala tahun 1 dan tingkatan 1 akan menyertai pelaksanaan penuh pada 2027.
Baca juga: Anak 4 Tahun Alami Kencing Berdarah & Muka Jadi Gelap, Makanan & Minuman Berwarna Jadi Punca
Sumber: Malaysia Gazette
