Masih ramai lagi murid sekolah berusia 12 tahun yang tidak tahu tentang perkara-perkara utama ini seperti subjek darjah 6 yang penting untuk di skor. Lebih-lebih lagi, mereka yang menyasarkan untuk masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Kalau adik-adik nak tahu, terdapat beberapa subjek killer yang perlu di skor, selain mengetahui jenis-jenis peperiksaan yang perlu diambil sebelum berjaya melangkah kaki ke sekolah yang diidamkan di peringkat menengah. Lantaran itu, ikuti perkongsian info bermanfaat dari Taufiq Razif seperti di bawah.
Baca juga: Ibu Dedah Anak Hampir Juling, Lepas Perasan Sering Buat Gaya Pelik Bila Nak Fokus!
SUBJEK DARJAH 6 YANG ‘KILLER’

1. Subjek killer tahun 6
Subjek killer untuk tahun 6 adalah Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.
2. Tiga topik killer subjek Matematik
Bagitahu anak yang 3 topik killer untuk subjek matematik adalah:
- Nombor bulat & operasi
- Perpecahan, perpuluhan & peratus
- Panjang, jisim dan isipadu cecair
3. Kena tahu jenis-jenis peperiksaan
Anak tahun 6 tak boleh skor peperiksaan semata dah! Kena tahu juga jenis-jenis peperiksaan yang ada.
Baca juga: Kenali Trend Baru Gaya Asuh ‘Soft Parenting’ & Cara Seimbangkan Agar Anak Tak Naik ‘Tocang’!
4. Anak yang target SBP & MRSM
Bagi anak tahun 6 sambung pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan MRSM, tak boleh skor peperiksaan biasa sahaja.
5. Dua jenis format ujian untuk masuk SBP & MRSM
Ada 2 jenis format ujian tahun 6 yang tak ramai mak ayah tahu iaitu ujian PKSK (untuk masuk ke SBP) dan ujian UKKM (untuk masuk ke MRSM).
6. Kuasai topik peperiksaan tahun 4, 5 & 6
Apa pun peperiksaan dan ujian yang anak kena lalui pastikan dia kuasai topik peperiksaan untuk tahun 4, 5 dan 6 kerana ianya sangat-sangat berguna untuk dia lalui semua peperiksaan yang lain.
Baca juga: [TERKINI] Bahasa ASEAN Jadi Mata Pelajaran Elektif Di Sekolah! – Fadhlina Sidek
Sumber: Taufiq Razif
FT Image: AI
