Seorang suami tikam isteri di Kampung Paku, Gual Ipoh, dilaporkan sempat mengambil anak mereka dari sekolah sebelum hadir menyerah diri di balai polis berhampiran.
Suspek berusia 63 tahun itu didakwa menyerang isterinya yang berumur 40 tahun kira-kira jam 10 pagi semalam di kediaman mereka, sebelum keluar menjemput anak bongsu berusia 10 tahun dari sekolah pada jam 12 tengah hari.
Baca juga: “Tak Pernah Nampak Di Eropah!”- Pelancong Luar Kagum Airport Malaysia Bagi Payung Waktu Hujan
SUAMI TIKAM ISTERI ADA JUMPA BOMOH, SYAK ISTERI CURANG

Kredit: Utusan
Adik mangsa, Mohd Jony Abdullah, 30, memaklumkan bahawa tiada sebarang pertengkaran atau bunyi mencurigakan terdengar dari rumah kakaknya ketika kejadian. Perkara tersebut hanya diketahui selepas pihak polis datang memaklumkan insiden terbabit.
Menurutnya, lebih menyayat hati apabila tragedi itu berlaku di ruang dapur, dan anak mangsa yang baru pulang dari sekolah terserempak ibunya dalam keadaan tidak bernyawa. Kanak-kanak itu difahamkan tidak bersuara akibat terkejut.
“Sebelum kejadian, adik bongsu kami menjemput arwah kakak, Mastura Abdullah, 40, di sebuah stesen minyak di Machang kira-kira jam 9 pagi. Mereka tiba di rumah sekitar jam 10 pagi. Kakak pulang ke kampung menaiki lori milik sepupu,” jelasnya.
Dia berkata arwah bekerja sebagai tukang masak di Selangor sejak setahun lalu dan lazimnya pulang ke kampung dua atau tiga minggu sekali.
“Saya tidak pernah terfikir kepulangan kakak kali ini berakhir dengan tragedi. Saya juga tidak menyangka abang ipar sanggup bertindak sejauh ini sehingga meragut nyawa kakak.
“Kami dimaklumkan terdapat banyak kesan tikaman di bahagian hadapan dan belakang tubuh mangsa. Namun, jenis senjata yang digunakan masih belum dapat dipastikan,” katanya.

Tambahnya, arwah merupakan isteri ketiga suspek dan pasangan itu telah mendirikan rumah tangga sejak 14 tahun lalu.
Dalam pada itu, tragedi berkenaan dipercayai berpunca daripada rasa cemburu yang mendalam, apabila suspek dikatakan menuduh isterinya menjalin hubungan dengan lelaki lain.
Menurut sepupu mangsa, Razwan Mat Yazid, dalam lingkungan 30-an, suspek kerap menghubunginya sebelum ini kerana berada dalam keadaan curiga dan sering meluahkan kebimbangan bahawa isterinya mempunyai hubungan dengan individu lain.
Dia turut memaklumkan bahawa suspek berusia 63 tahun itu dikatakan pernah mendapatkan khidmat seorang bomoh untuk “menilik” dan mengetahui sama ada dakwaan tersebut benar atau sebaliknya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah mengesahkan kejadian dan memaklumkan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan.
Baca juga: Setiap Posisi Tidur Suami Isteri Ada Maksud Tersirat, Rasa Hangat Bila Dipeluk Dari Belakang…
Sumber: Harian Metro & Harian Metro (2)
