Perkahwinan bahagia adalah apabila anda memiliki pasangan yang memahami dan menjaga perasaan. Namun lain pula terjadi kepada wanita ini kerana ‘dikurniakan’ suami suka marah dan memaki dirinya.
Menerusi luahan di laman Facebook itu, dia menjelaskan bahawa dirinya sering dipanggil bodoh walaupun hanya kesalahan kecil sahaja.
Baca juga: Rezeki Suami Bukan Terletak Pada Reda Isteri Tapi Ini Yang Sebenarnya ….
SUAMI SUKA MARAH & MAKI ISTERI, BO*OH TAK PERNAH TINGGAL

Dia memberitahu bahawa si suami suka marah dirinya dan memaki tanpa rasa bersalah. Lebih menyedihkan kerana perkara itu tidak sewarjarnya berlaku dalam kehidupan berumah tangga.
“Kadang-kadang silap saya kecil sangat. Dah kena cop bodoh. Macam semalam saya terbuang sudu susu anak dalam tong sampah. Berbakul sumpahan saya dapat,” katanya.
Dia juga menjelaskan bahawa sudu susu tersebut terbuang tanpa sengaja dia menganggap bahawa ada sudu lain untuk digunakan. Namun si suami masih juga ingin menggunakan sudu yang sama.
“Saya ingat sudu ini ada spare. Rupanya yang banyak-banyak dalam bakul itu sudu susu adik dia yang umur setahun. Sukatannya suku dari sudu ni.
“Saya ambil sahaja sudu itu dan buat sukatan si kakak umur 4 tahun. Gandakan sahaja dari sukatan asal. Namun tindakan itu dimarah oleh suami dan dicakap bodoh. Nak juga sudu ni. Katanya susah nak dapat,” luahnya.
Dia kemudian akur dengan pemintaan suami dan mengambil semula sudu susu itu di dalam plastik sampah hadapan rumahnya. Akibta terlalu kecewa dengan kata-kata makian suami, dia sempat bergurau ingin membeli sudu tersebut jika ada dijual secara borong.
Difahamkan juga, si isteri memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang perakaunan namun tidak menyangka bahawa perkahwinannya ini hanya penuh dengan ayat tidak manis.
“Terpaksa la pagi-pagi saya korek balik plastik sampah dekat depan rumah. Siapa tahu susu apa yang ada sudu macam ini? Saya nak borong banyak-banyak buat spare dekat rumah,” ujarnya.
Luahan tersebut mendapat ribuan komen daripada warganet yang turut simpati dengan wanita itu. Diharapkan agar terus cekal menghadapi ujian ini.
Baca juga: Sunnah Setelah Akad Nikah Yang Pengantin Terlupa Buat, Rugi Kalau Tak Baca Doa Ini
Sumber: Facebook
