Kelakuan berkenan dengan suami orang seperti sudah menjadi barah dalam masyarakat. Bahkan, tanpa segan silu ia ditayangkan pada umum tiada rasa bersalah. Punyalah ramai lelaki bujang, nak terhegeh-hegeh juga dengan suami orang.
Pepatah Melayu juga ada berkata, “bunga bukan sekuntum, kumbang pun tidak seekor.” Namun, terdapat sesetengah wanita sanggup menjadi orang ketiga dengan menggilai suami orang sehingga menyebabkan kepincangan dalam rumah tangga wanita lain, tetapi mengapa?
Baca juga: Letak Bantal Bawah Punggung Semasa ‘Bersama’ Khabarnya Bantu Hamil Cepat, Mitos Ke Fakta?
SUAMI ORANG
Memetik laporan Kosmo!, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan golongan ini cenderung memilih suami orang berbanding lelaki bujang.
1. Lebih stabil
Antara alasan wanita bujang yang terjebak dengan hubungan sulit ini kerana suami orang itu dianggap lebih memahami, matang dan stabil serta kukuh serba-serbi. Ibaratnya kalau berkahwin kelak, soal nafkah tak perlu risau kerana si lelaki lebih dari mampu.
Jadi, boleh dilihat di sini bahawa sesetengah wanita lebih cenderung memilih pasangan sudah stabil walaupun berstatus suami orang berbanding lelaki bujang yang masih ‘merangkak’ mencari wang dengan membanting tulang melakukan dua kerja pada satu satu masa.
2. Baik dan setia
Selain itu, kajian saintifik dari Universiti St. Andrews (2018) pernah membuktikan mengapa seseorang wanita itu tertarik dengan lelaki orang.
Perbuatan tersebut digelar sebagai mate-choice copying iaitu bentuk peniruan terhadap pelakuan yang dilakukan oleh haiwan apabila spesies betina suka memburu jantan yang sudah berpasangan.
Kajian tersebut juga menunjukkan berlakunya mate-choice copying pada manusia, apabila kebanyakan wanita tertarik kepada lelaki yang sudah berpasangan atas alasan mereka boleh menjadi pasangan baik dan setia.
Seperti disebutkan di atas, faktor terjadinya perilaku itu adalah kerana wanita mahukan pasangan yang kukuh dari semua segi, tidak kiralah bab kewangan, karier, kesetiaan dan juga elemen tambahan, sisi romantis.
Baca juga: 7 Ciri Bekas Suami Masih Sayang Bekas Isteri, Ini Maksudnya ‘Gila Talak’ Ke?
FAKTOR LAIN WANITA MINAT SUAMI ORANG

Gambar: lovepanky
Sementara itu, IDN Times melaporkan suami orang terlihat jauh lebih menarik daripada lelaki bujang disebabkan beberapa faktor seperti berikut:
3. Pandai berkomunikasi yang berkesan
Pengalaman lelaki yang sudah tinggal sebumbung selepas bernikah, menjadikan golongan alpha ini begitu mahir dengan selok-belok wanita.
Pengetahuan ini menjadikan cara suami orang berkomunikasi lebih berkesan berbanding lelaki bujang, yang umumnya tidak mengetahui lebih lanjut tentang perangai atau tabiat wanita.
Jadinya, bila suami orang bercakap akan nampak lain, lebih sensitif dan boleh membuatkan wanita bujang turut rasa difahami.
4. Sikap suami orang lebih dewasa
Sangat memenatkan untuk bercinta dengan seseorang yang emosinya tidak matang. Hal ini juga menyebabkan suami orang kelihatan lebih menarik, yang secara umumnya mereka lebih matang daripada lelaki bujang.
Tanggungjawab terhadap keluarga, pelbagai masalah rumah tangga yang dihadapi, telah membentuk suami orang untuk bertindak bijak. Kualiti inilah yang dicari ramai wanita dalam pasangan idaman mereka.
Baca juga: Nak Heret Pasangan Curang Tapi Bukti Gagal Di Mahkamah, Ini 7 Sebabnya!
Kesimpulan
Walaupun terdapat banyak sebab mengapa suami orang jauh lebih menarik dan ideal sebagai pasangan, namun ia tidak membenarkan tindakan anda untuk menjalinkan hubungan sulit.
Pasanglah keazaman yang kuat untuk tidak menyerah dengan godaan tersebut, lambat laun anda pasti akan bertemu dengan lelaki bujang yang juga mempunyai sifat-sifat tersebut.
Pesanan dan ingatan untuk diri sendiri serta semua wanita di luar sana. Jadilah wanita yang mahal harga diri dan bermaruah, sedangkan agama Islam sendiri mengangkat darjat wanita sangat tinggi.
Malah, pihak ketiga boleh dikenakan tindakan undang-undang kalau mengganggu rumah tangga orang lain.
Baca juga: 13 Zon Sensitif (Erogenus) Lelaki, Bila Disentuh Wanita Lain Macam Reaksinya!
FT Image: luxreview / CottonBro Studio from Pexels

