Balik kerja naik bas mungkin perkara biasa bagi orang ramai, tetapi lain pula ceritanya apabila seorang suami mengambil kesempatan untuk menjemput isterinya yang terkandas di Stesen MRT UPM dengan cara yang cukup unik.
Insiden bermula apabila enam stesen MRT Laluan Putrajaya terpaksa ditutup pada pagi Selasa susulan gangguan bekalan kuasa sekitar jam 5.54 pagi.
Baca juga: Anak Kedua Linda Hashim & Beego Alami Luka Melecur Tahap Tiga, Tertumpah Kuah Makaroni Panas!
TULAR SUAMI JEMPUT ISTERI NAIK BAS PERSIARAN

Keadaan ini menyebabkan penumpang yang sepatutnya turun di Stesen Taman Equine, Putra Permai, 16 Sierra, Cyberjaya Utara, Cyberjaya City Centre serta Putrajaya Sentral, terpaksa menamatkan perjalanan lebih awal di MRT UPM. Akibatnya, stesen tersebut dipenuhi orang ramai yang terkandas.
Namun, di tengah-tengah kekalutan itu, sebuah video yang dimuat naik oleh seorang wanita bernama Rosnah berjaya mencuri perhatian warga maya.
Dalam rakaman tersebut, suaminya yang juga pemandu bas muncul dengan sebuah paparan skrin LED di bahagian depan kenderaan yang tertera ayat lucu, “Bini saya Rosnah! Sila naik bas!”
Suasana menjadi lebih mencuit hati apabila hon bas turut dibunyikan seolah-olah meraikan ketibaan penumpang istimewa. Orang ramai yang berada di sekitar stesen tidak dapat menahan senyum melihat adegan itu.
Menurut Rosnah, suaminya baru sahaja selesai bekerja sebelum mengambil kesempatan untuk menjemputnya pulang.
“Pengguna setia public transport, tiba-tiba stuck dekat MRT UPM pulak petang tadi. Nasib baik husband dah settle job terus minta pick up! Maceh husband!” katanya.
Baca juga: Suami Kerja Jauh Minta Video & Gambar Intim, Isteri Risau Bimbang Jika Ia Tersebar Ke Media Sosial
Aksi spontan tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada warga maya.
Ramai yang menganggap suami Rosnah seorang yang romantik dan bertanggungjawab. Ada juga yang berseloroh mengatakan Rosnah sangat bertuah kerana mendapat layanan istimewa yang jarang-jarang dapat dinikmati mana-mana isteri.
Antara komen mencuit hati yang ditinggalkan termasuk:
- “Sederhana tapi bahagia. Tahniah akak dan abang! Saya tumpang gembira.”
- “Untunglah jemput guna bas, siap ada signboard lagi!”
- “Harap-harap tak FYP dekat ibu mengandung, nanti tak pasal suami kena beli bas!”
- “Orang lain order grab, dia order bas persiaran.”
Rata-rata mendoakan agar pasangan ini terus bahagia dan kekal harmoni, malah ada yang berseloroh ingin merasai pengalaman dijemput dengan bas seperti Rosnah.
@nani_rosnani3 Pengguna setia public transport, tiba2 stuck kat MRT UPM pulak petang tadi, Nasib baik husband dah sttle job trus mintak pickup! Macehhh husband @Muhd Ameerul maafff syggg tercarutt👉🏻👈🏻 #rosesendasyantikk #mrt #mrtupm #mrtstuck
Sumber: TikTok @nani_rosnani3
FT Image: TikTok @nani_rosnani3
