Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Suami Isteri Sehidup Semati Meninggal Dunia Hari Sama, Menyentuh Hati Warga Setempat..

suami isteri meninggal dunia

Satu peristiwa menyentuh hati berlaku di kalangan warga Qariah Bakar Kapor, Penaga, SPU apabila sepasang suami isteri meninggal dunia pada hari yang sama.

Allahyarham Syed Abu bin Syed Omar menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 2.00 pagi, manakala isterinya, Allahyarhamah Puan Marina, menyusul sekitar jam 9.00 pagi pada hari yang sama.

Baca juga: Remaja Genius Malaysia Muhammad Khawarizmi Kuasai Dunia Teknikal, Simpan Hasrat Pergi Jerman

SUAMI ISTERI MENINGGAL DUNIA HARI YANG SAMA, SEHIDUP SEMATI

SUAMI ISTERI MENINGGAL DUNIA

Pada mulanya, liang lahad digali bagi Allahyarham Syed Abu, namun ketentuan Ilahi berlaku apabila kubur kedua terpaksa digali bersebelahan bagi menempatkan jenazah isterinya. Kedua-dua jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Bakar Kapor.

Peristiwa ini benar-benar menyentuh hati masyarakat setempat, menggambarkan ikatan sehidup semati yang bukan sekadar janji manusia tetapi ketentuan Allah. Kejadian ini menjadi peringatan bahawa setiap yang hidup pasti akan menghadapi kematian.

“Warga Qariah Bakar Kapor ,.Penaga , SPU dikejutkan dengan satu peristiwa yang jarang berlaku apabila sepasang suami isteri yang tinggal di Taman Berkat meninggal dunia pada hari yang sama. 

“Allahyarham Syed Abu bin Syed Omar menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 2.00 pagi, manakala isterinya Allahyarhamah Puan Marina menyusul sekitar jam 9.00 pagi hari ini. 

suami isteri meninggal dunia

“Pada awalnya, liang lahad digali untuk Allahyarham Syed Abu, namun ketentuan Allah menyusul apabila kubur kedua terpaksa digali bersebelahan buat isteri tercinta. Kedua-dua jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Bakar Kapor.

“Peristiwa ini benar-benar menyentuh hati masyarakat, menggambarkan ikatan sehidup semati bukan kerana janji manusia, tetapi ketentuan Ilahi. Setiap yang hidup pasti akan mati,” ujarnya.

Rakyat setempat dan ahli keluarga yang hadir semasa proses pengurusan jenazah turut melahirkan rasa kagum dan terharu melihat kasih sayang sepasang suami isteri yang kekal hingga ke akhir hayat.

Baca juga: JPN Umum Dua Nama Terpanjang Di Malaysia, Bacanya Pun Buat Ramai Ternganga – Nak Sebut Pun Habis Nafas!

Sumber: Facebook Penang Kini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×