Pagi ini, lima stesen air di tiga daerah di Selangor dilaporkan melepasi paras bahaya, susulan hujan lebat dan ribut petir yang melanda sejak awal pagi. Keadaan ini dikesan melalui kemas kini Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor sehingga pukul 7.15 pagi.
Baca juga: MyKad, Sijil Lahir & Dokumen Rosak Akibat Banjir? Jangan Panik, JPN Umum Penggantian Secara Percuma!
5 STESEN AIR DI SELANGOR LEPASI PARAS BAHAYA

Gambar hiasan: Fikri Syusof Media Selangor
Antara stesen yang melepasi paras bahaya ialah:
- Rimba KDR, Sabak Bernam
- Batu 12, Batu 15, dan Siren Batu 12 Kampung Sungai Serai, Hulu Langat
- Jenderam Hilir, Sepang
Bacaan di Batu 12 dan Jenderam Hilir masih menunjukkan trend menaik, menjadikan keadaan berpotensi bertambah kritikal jika hujan berterusan.
Sementara itu, dua stesen mencatatkan paras amaran, iaitu:
- Pekan Bangi Lama (trend menaik)
- Batu 12 Sungai Serai Bung Toi (F2)
Selain itu, tujuh stesen lain melepasi paras berjaga-jaga, termasuk:
- Pintu Air Ijok, Kuala Selangor
- Bukit Changgang, Kuala Langat
- Bandar Klang & Taman Desa Kemuning, Klang
- Kampung Pasir, Pekan Kajang, Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang di Hulu Langat
Baca juga: Berita Baik Untuk Mama! ‘Standby’ Tahun 2026 Ada Banyak Bantuan Untuk Anak Bawah 6 Tahun!


Tangkap layar di https://infobanjirjps.selangor.gov.my/
Pada pagi yang sama, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya sehingga pukul 9 pagi.
Penduduk dinasihatkan agar sentiasa memantau keadaan, mengambil langkah berjaga-jaga, dan mengelakkan kawasan rendah yang berisiko banjir.
Keadaan ini mengingatkan kita bahawa paras air boleh meningkat dengan cepat, terutamanya selepas hujan lebat berterusan. Sentiasa ikuti kemas kini rasmi Infobanjir JPS dan MetMalaysia bagi keselamatan diri dan keluarga.
Baca juga: NADMA Umum Bantuan RM1,000 Kepada Setiap Keluarga, Tapi Mangsa Banjir Kena Berdaftar Dulu Di PPS
Sumber: Harian Metro
FT Image: Kukai / Fikri Syusof Media Selangor
