Seorang wanita yang merupakan isteri kedua, meluahkan kegusaran apabila baru sahaja terdetik akan status perkahwinan dengan suami yang tidak berdaftar selama 28 tahun usia perkahwinan mereka. Menurut ceritanya, proses pernikahan dilakukan di Thailand dan tidak pernah mendaftarkan perkahwinan itu sama sekali setelah pulang ke Malaysia.
Lebih merunsingkan lagi, mereka sendiri meragui bilangan cerai dan rujuk yang pernah berlaku sepanjang perkahwinan itu. Kisah ini dikongsikan semula oleh Peguam Syarie, Puan Hazwani Zainal, untuk dijadikan pengajaran kepada masyarakat.
Baca juga: Ibu Baru Bersalin Terkejut Disuruh Mandi Wiladah Jam 4 Pagi, Mufti Jelaskan Bila Waktu Mandi Wajib
STATUS PERKAHWINAN DIRAGUI SETELAH 28 TAHUN BERKAHWIN
Ringkasnya dalam kisah ini, terdapat dua isu serius yang harus diperiksa dengan mendalam.
- Adakah pernikahan yang berlangsung di Thailand 28 tahun lalu benar-benar sah?
- Berapa nilai sebenar talak yang sudah dilafazkan kepada si isteri?
Puan Hazwani menasihati langkah pertama yang perlu diambil oleh wanita berkenaan adalah pergi ke mahkamah untuk memfailkan pengesahan pernikahan sebelum urusan-urusan lain menyusul.
Baca juga: Tak Ada Angin & Ribut Tiba-Tiba Isteri Minta Cerai Tanpa Sebab, “HARAM Masuk Syurga”!
Sikap sambil lewa mencetuskan keraguan terhadap nasab 10 anak-anak
Jelasnya lagi, akibat sikap sambil lewa pasangan tersebut, nasab anak-anak juga menjadi sebuah keraguan yang besar. Adakah mereka semua boleh dibinkan atau dibintikan atas nama bapa mahupun sebaliknya?
Difahamkan, wanita itu kini sedar betapa rumitnya situasi keluarga mereka, setelah mendapat gambaran segala prosedur yang perlu dilalui seperti dijelaskan Puan Hazwani.
Hasil perkahwinan pasangan tersebut, mereka mempunyai 10 orang anak yang mana paling sulung berusia 27 tahun.

Gambar: Tiktok @puanhazwanizainal
Baca juga: Nak Tuntut Cerai Suami Ikut Ajaran Sesat, Wanita Ini Minta Tolong Sebab Buntu Tiada Bukti!
Sumber: Tiktok @puanhazwanizainal

