Euforia Bola 2026
Famili

Jangan DIMAKCIKKAN! “Panggil Puan Atau Akak,” Staf Makanan Ditegur Pelanggan Cetus Perdebatan Warga Maya!

staf kiosk

Seorang pelanggan dan staf kiosk yang terletak di dalam pasaraya Giant Seksyen 13, Shah Alam, menjadi tular di media sosial selepas berlakunya satu insiden kecil. Di mana, situasi canggung berlaku apabila penggunaan kata panggilan hormat kepada pelanggan dianggap kurang menyenangkan sehingga staf tersebut ditegur.

Sebelum ia terjadi, melalui hantaran video di TikTok @rosizwanarifin , peniaga popia dikenali sebagai Rosiz bersama stafnya, Apis sedang menyiapkan pesanan pelanggan di kiosk House of Popiah.

Baca juga: Kurang Menonjol Dalam Akademik, Tapi Murid Darjah 6 Ini Ada Bakat Melukis, Terpegun Cikgu Tengok!

STAF KIOSK DITEGUR PANGGIL PELANGGAN MAKCIK

staf kiosk

Tangkap layar dari TikTok @rosizwanarifin

Namun, tiba-tiba Apis ditegur oleh pelanggannya yang menurut pembeli wanita itu, Apis dikatakan kurang menjaga adab selepas memanggilnya dengan gelaran makcik.

“Lain kali nak cakap dengan pelanggan cakap tuan atau puan jangan makcik-makcik. Akak pun tak apa. Adab dengan pelanggan,” tegas wanita tersebut.

Mendengar kata-kata pelanggan itu, Apis hanya mampu tersenyum dan mengangguk kepalanya, sebelum menghulurkan pesanan popia yang sudah siap dibungkus kepada wanita berkenaan.

“Panggil makcik pun tak boleh ke,” tulis Rosiz di dalam hantaran video tersebut.

Baca juga: Padah Buat 4 Jenis Sukan Dalam Sehari, Individu Merana Buah Pinggang Bocor (Rhabdomyolisis)!

Reaksi warga maya yang pelbagai pendapat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan pelbagai reaksi tentang perkara tersebut. Antaranya,

“Okay je puan tu tegur. Ayat dia pun sopan tak kasar cuma lebih manis kalau dia guna teknik gurau dalam teguran. Contoh, ‘Panggillah puan jangan panggil makcik, nampak tua saya (tambah gelak-gelak sikit).

“Betul lah apa yang puan itu tegur, lebih manis elok kalau sebut Puan/Tuan supaya tiada pelanggan akan rasa tak selesa. Percayalah, bila guna macam itu orang akan suka,” ujar segelintir pengguna TikTok yang menganggap teguran berkenaan adalah betul dan merupakan adab sebenar di antara pembeli dan penjual.

Baca juga: Gajikan Barista Sindrom Down, Kafe Kecil Ini Dapat Reaksi Positif Jadi ‘Buruan’ Pelanggan!

Sementara itu, gelaran tuan atau puan itu tidak perlu jika bukan di majlis formal bagi pendapat sesetengah orang.

“Sebenarnya abang ini tak salah pun sebab dia berniaga dekat tempat awam yang majoriti datang dari pelbagai latar belakang. Jadi tak ada masalah pun nak panggil makcik. Melainkan dia berniaga dalam bangunan kerajaan,” komen seorang pengguna TikTok.

@rosizwanarifin

Sabar ye apis 🤣🤣🤣 #fyp #popiah #shahalam

♬ original sound – HouseofPopiah Giant 13 – HouseofPopiah Giant 13

Baca juga: Tak Sia-Sia Kunyah Kismis Masa Sekolah, IQ Orang Malaysia Top 25 Di DUNIA!

Sumber: TikTok @rosizwanarifin

FT Image: TikTok @rosizwanarifin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×