Euforia Bola 2026
Sihat

Akak Farmasi Saran Guna Spray Hidung Ini Bila Anak Bersin Tak Henti, Terus Tak Jadi Selesema!

spray hidung

Spray hidung kini jadi antara ‘penyelamat’ utama mak ayah bila anak baru mula bersin-bersin atau tanda awal selesema.

Menurut perkongsian Syafiq Hafiz di Facebook, dia singgah ke farmasi dan disarankan oleh ahli farmasi untuk cuba spray hidung jenis tanpa ubat dan steroid.

Baca juga: Pakar Dedah Fakta Menarik Tentang Darah Haid, Kadang Pekat Hitam & Beza Baunya Dengan Istihadah

SPRAY HIDUNG BAGUS CEGAH SELESEMA KANAK-KANAK

Katanya, spray ini boleh bantu halang virus daripada jadi lebih teruk, terutama kalau digunakan pada peringkat awal jangkitan.

“Terus saya cuba dekat anak saya yang umur 1 tahun, memang betul! Hidung dia cepat kering balik, tak tersumbat pun. Paling best, spray ini tak pedih langsung, tak ada ubat atau steroid jadi memang selamat untuk budak-budak,” tulisnya.

Syafiq turut berkongsi, spray ini boleh didapati secara online dengan harga lebih murah berbanding di farmasi. Sekitar RM50 ke atas kalau beli terus dari kaunter.

Baca juga: Bahaya Jantung Jadi Laju Luar Biasa Semasa Bersenam! Ini 7 Cara Kawal Degupan Supaya Tak “Overlimit”

spray hidung

Gambar Syafiq Hafiz.

Menariknya, ruangan komen penuh dengan pengalaman positif daripada ibu bapa lain yang pernah mencuba produk sama. Rata-rata bersetuju spray jenis ini memang berkesan mengeringkan hidung tersumbat dan cepat meredakan selesema anak.

“Been using this spray dah lama masa anak selesema. Alhamdulillah dengan izin Allah sesuai dengannya, hidung cepat kering. Bila nampak tanda awal nak selesema, spray saja terus. Recommended!”

“Anak saya pernah warded sebelum ini, doktor bagi dua jenis spray. Satu yang ini, satu lagi spray khas kalau hidung tersumbat. Guna dua-dua, Alhamdulillah lepas itu anak dah tak selesema lagi.”

Seorang lagi pengguna berkongsi tip yang diajar doktor.

“Cara semburan yang betul bukan terus ke saluran hidung, tetapi sembur di tepi dalam hidung supaya kesan lembapan lebih sekata dan tidak pedih.”

Malah, ada yang berkongsi mereka turut menggunakan versi dewasa seperti Oxy-Nase dan hasilnya tetap bagus untuk hidung kering atau tersumbat ringan.

Baca juga: Tak Busuk & Tak Mereput, Ini Fungsi Embalming Pada Mayat Non-Muslim, Juga Hukum Untuk Orang Islam

Sumber: Syafiq Hafiz

FT Image: Syafiq Hafiz / Bodrexin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×