Sebelum tidur, ibu ayah dinasihatkan agar bertanya beberapa soalan untuk anak kerana pada waktu ‘magik’ ini, otak si kecil berada dalam keadaan paling tenang dan terbuka.
Inilah masa terbaik untuk mereka berkongsi perasaan, bercerita tentang hari mereka, dan meluahkan apa yang mungkin terbuku dalam hati.
Baca juga: Jangan Ingat Anak Tak Pandai Akademik Tak Ada Masa Depan, Ini Laluan Untuk Diteroka!
5 SOALAN UNTUK ANAK IBU AYAH KENA TANYA SEBELUM TIDUR

Freepik
Berikut merupakan 5 soalan ‘deep’ boleh ditanyakan kepada anak sebelum tidur:
1. “Apa benda paling buat adik happy hari ini?”
Soalan ini melatih anak merasai syukur. Ia mengajar mereka untuk menghargai saat-saat kecil yang menggembirakan walaupun hanya sekadar dapat main hujan atau makan aiskrim.
Dengan soalan ini, kita bantu mereka fokus pada kebaikan dan kebahagiaan, dan secara tidak langsung, menjadikan mereka lebih positif dalam menghadapi hidup.
2. “Ada apa-apa yang buat adik rasa sedih?”
Soalan ini membuka pintu kepada luahan emosi. Jangan cepat menafikan atau membetulkan perasaan mereka. Kadang-kadang, mereka cuma perlukan ruang untuk bercakap tanpa diadili, tanpa dihukum. Itu sahaja sudah cukup untuk mereka rasa disayangi dan difahami.
3. “Ada sesiapa yang adik rasa nak minta maaf hari ini?”
Soalan ini mengajar anak untuk melihat semula tingkah laku sendiri. Ia menanam nilai tanggungjawab emosi dan belajar mengakui kesalahan serta tidak menyimpan ego.
Dalam jangka panjang, ia membantu mereka jadi insan yang lebih jujur dan berani membetulkan kesilapan.

Freepik
4. “Siapa orang paling baik dengan adik hari ini?
Soalan ini melatih anak mengenal kebaikan di sekeliling mereka. Ia membuka mata dan hati mereka untuk melihat kasih sayang, bantuan kecil dan perhatian yang diberikan oleh orang lain.
Dengan ini, mereka akan belajar menghargai, dan secara semula jadi membina rasa empati terhadap orang lain.
5. “Kalau esok adik boleh buat satu benda, adik nak buat apa?”
Ini bukan sekadar soalan ringan. Ia bantu anak berfikir ke hadapan, memupuk impian dan membentuk niat harian.
Ia juga membuka peluang untuk ibu bapa faham minat dan keinginan anak yang kadangkala mereka tak pandai luahkan secara langsung.
Selepas berbual, peluklah mereka erat. Bisikkan doa, cium ubun-ubun dengan kasih sayang. Anak yang tidur dalam suasana penuh cinta, insyaAllah akan bangun esoknya dengan lebih tenang.
Baca juga: Kes Rogol Di Sekolah Asrama Lelaki Makin Menjadi-Jadi, Ibu Kecewa Anak Pernah Jadi Mangsa!
Sumber: Facebook
