Euforia Bola 2026
Nur

Nak Kahwin Anak Kami? Keluarga Ini Suruh Jawab 30 Soalan Fardu Ain & Rekod CCRIS Jadi ‘Tiket’ Masuk Minang

asas fardhu ain

Di sebalik budaya hantaran tinggi dan harga mahar melambung yang kian menjadi trend dalam majlis perkahwinan masa kini, ada keluarga yang memilih pendekatan berbeza. Mereka menilai bakal menantu bukan melalui jumlah wang, tetapi melalui ilmu asas fardhu ain serta tahap tanggungjawab.

Ini bukan nilaian biasa kerana untuk tahu bahawa menantu itu telah bersedia untuk membina rumah tangga atau tidak adalah melalui 30 soalan seperti yang dikongsikan ini.

Baca juga: 21 Ciri-Ciri Lelaki Yang Boleh Dibuat Suami, Wahai Anak Gadis Sila Tapis Awal Sebelum Ijab Qabul

CALON MENANTU KENA JAWAB 30 SOALAN ASAS FARDHU AIN INI DULU, BARU ‘APPROVED’!

asas fardhu ain

Foto hiasan.

Keutuhan iman, akhlak mulia, serta kesediaan memikul amanah hidup bersama menjadi asas utama, seiring dengan matlamat sebenar perkahwinan yang ditetapkan oleh agama.

Perkara ini dikongsikan seorang lelaki apabila mendedahkan, semua adik-beradik perempuannya berkelulusan ijazah dalam bidang pendidikan sains, perubatan dan kejururawatan hanya menerima mahar antara RM1,000 hingga RM2,000, tanpa sebarang hantaran tambahan.

Menariknya, proses ‘ujian kelayakan’ untuk menjadi suami tidak semudah disangka. Calon menantu perlu menjawab 30 soalan ilmu fardu ain merangkumi tauhid, feqah, tasawuf dan sirah Nabi di samping mengemukakan laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) bagi menilai disiplin dan kebertanggungjawaban kewangan!

“Semua soalan dan semakan CCRIS dibuat ketika bakal ipar saya datang bertemu dengan orang tua. Hanya selepas lulus, barulah diberi lampu hijau untuk membawa keluarganya datang meminang,” ujarnya.

Antara contoh soalan yang diajukan termasuklah:

Contoh soalan (1)

  • Tauhid – Sila terangkan secara ringkas tentang sifat wujud bagi Allah
  • Tasawuf – Bagaimana cara nak bina sifat sabar dan reda untuk menempuhi ujian rumahtangga
  • Feqah – Sila terangkan secara ringkas tentang perbezaan antara darah haid, nifas dan istihadah
  • Sirah – Siapa ibu Nabi Muhammad SAW

Contoh soalan (2)

  • Tauhid – Apakah maksud syirik kecil dan berikan 1 contoh mudah
  • Tasawuf – Bagaimana cara nak menghindari dari sifat mazmumah
  • Feqah – Senaraikan aurat yang wajib dipelihara oleh wanita Muslim bila dia hendak keluar dari rumah
  • Sirah – Apakah gelaran Nabi Muhammad SAW

Namun, dia turut mengingatkan bahawa ilmu agama semata-mata belum tentu menjamin bahagia, sekiranya tidak diamalkan secara konsisten dalam kehidupan harian.

“Ramai yang tahu tentang agama, tapi belum tentu mampu berpegang teguh dengannya. Bahkan ada yang nampak ‘alim’ tapi tetap curang. Tanpa sifat ihsan dan empati terhadap pasangan, rumah tangga tetap boleh runtuh,” katanya dengan jujur.

Dalam pada itu, dia menitipkan pesanan mendalam bahawa hakikatnya manusia tidak memiliki apa-apa pun di dunia ini kerana semuanya milik ALLAH.

asas fardhu ain

Foto: CompareHero

“Kita hanya pemegang amanah. Jangan sesekali meletakkan harapan sepenuhnya kepada pasangan kerana dirinya juga bukan milik kita, tetapi milik ALLAH. Tugas kita cuma berusaha sebaik mungkin,” katanya mengakhiri perkongsian.

Baca juga: Hati-Hati Wahai Lelaki, Peguam Syarie Bongkar Tanda ‘Red Flag’ Calon Isteri Bawa Masalah!

Sumber: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×