Dalam era digital hari ini, kandungan video secara langsung semakin mendapat tempat di hati pengguna media sosial. Namun siapa sangka, satu projek live stream bola sepak yang dikendalikan oleh sekumpulan pelajar sekolah berjaya mencuri perhatian ramai sehingga menerima pujian daripada warga maya.
Baca juga: Bukan Lagi SM Teknik, 9 Sekolah Ini Kini Rasmi Berstatus Sekolah Berasrama Penuh Teknikal
KAGUM! PELAJAR KENDALI LIVE STREAM BOLA SEPAK TAHAP PROFESIONAL

Menerusi satu video yang dikongsikan di akaun TikTok SMK Derma Perlis, kelihatan sekumpulan pelajar mengendalikan siaran langsung Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Perlis (MSSPs) 2026 yang berlangsung pada 16 hingga 18 Jun lalu.
Apa yang menarik, siaran tersebut bukan sekadar rakaman biasa dari tepi padang. Sebaliknya, ia menampilkan elemen penyiaran yang lengkap sehingga ramai menyifatkannya setanding siaran sukan profesional.
90 peratus dikendalikan pelajar SMK Derma Perlis
Menurut pihak sekolah, kira-kira 90 peratus operasi siaran langsung sesi petang dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar SMK Derma. Mereka diberi peluang memegang pelbagai peranan penting dalam produksi seperti:
- Pengulas perlawanan (commentator)
- Jurukamera
- Switcher
- Unit Kawalan Kamera (CCU)
- Penganalisis data dan statistik
- Bahagian grafik
- Operator replay
- Runner
Pendedahan seperti ini memberi pengalaman sebenar kepada pelajar dalam dunia penyiaran dan produksi media yang jarang diperoleh di peringkat sekolah.
Kelengkapan penyiaran bertaraf profesional

Menurut Cikgu Siti yang menguruskan operasi Multiple Camera Production (MCP), siaran tersebut turut menggunakan pelbagai teknologi bagi menghasilkan pengalaman tontonan yang lebih menarik.
Antara yang digunakan termasuk sistem replay, grafik siaran, boom microphone untuk audio di padang serta rakaman udara menggunakan dron.
Lebih mengagumkan, satu kamera ditempatkan berhampiran padang bagi mendapatkan rakaman eye-level shot, manakala dua lagi kamera dipasang di atas platform khas yang dibina melalui kerjasama dengan pensyarah dan pelajar Institut Kemahiran Belia Negara, Kuala Perlis.
Malah, untuk pelajar naik ke atas platform, mereka dipakaikan harness keselamatan dan topi pelindung sebagai langkah keselamatan.
Baca juga: Pelajar Tahfiz Juara Beregu Badminton MSSM, Siap Hafaz Al-Quran & Curi Perhatian Tan Boon Heong!
Kerjasama pelbagai pihak dan raih pujian warga maya
Difahamkan, peralatan Multiple Camera Production yang digunakan merupakan milik Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.
Kerjasama tersebut membolehkan pihak sekolah melaksanakan siaran langsung berkualiti tanpa melibatkan kos tambahan yang besar.
Meninjau ruangan komen, ramai warga maya meluahkan rasa kagum dengan tahap profesionalisme yang ditunjukkan oleh para pelajar.
Ada yang menyifatkan pengalaman sebegini mampu menjadi nilai tambah yang besar apabila mereka melangkah ke industri media pada masa hadapan.
Malah, tidak kurang juga yang memuji usaha guru-guru dan pihak sekolah kerana memberi peluang kepada pelajar meneroka bidang penyiaran sejak di bangku sekolah lagi.
Jelas sekali, inisiatif live stream bola sepak ini bukan sekadar menjadikan kejohanan sekolah lebih menarik untuk ditonton, malah membuka ruang kepada pelajar untuk mengasah kemahiran teknikal, komunikasi dan kerja berpasukan dalam suasana yang menyeronokkan.
Siapa tahu, daripada projek sekolah inilah lahirnya pengarah siaran, jurukamera atau pengulas sukan terkenal negara suatu hari nanti.
Sumber: TikTok @smkdermaperlis (1) (2)
FT Image: TikTok @smkdermaperlis

Recommended for you