Euforia Bola 2026
Inspirasi

Siti Nurhaliza Kini Profesor Adjung FPP UiTM, Sedia Kongsi Ilmu & Pengalaman Dunia Seni

PROFESOR ADJUNG

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini menambah satu lagi pencapaian berprestij apabila dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP), Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Dalam satu kenyataan, penyanyi tersohor berusia 46 tahun itu menyifatkan pelantikan tersebut sebagai satu amanah besar untuk menyumbang kembali kepada masyarakat melalui perkongsian ilmu dan pengalaman dalam bidang seni serta keusahawanan.

Baca juga: Pening Bila Cium Anak Balik Sekolah Bau Hanyir Telur? Ibu-Ibu Kongsi Petua Untuk Kekal Wangi Seharian!

SITI NURHALIZA DILANTIK JADI PROFESOR ADJUNG DI UITM

PROFESOR ADJUNG

“Saya amat bersyukur dan berasa kerdil atas kepercayaan ini. Walaupun saya bukan ahli perniagaan yang hebat, pengalaman dalam dunia seni banyak mengajar saya tentang ketekunan dan daya saing. Saya ingin manfaatkan peluang ini untuk memberi inspirasi kepada generasi muda,” ujar Siti.

Menurut beliau, tanggungjawab yang dipikul bukan sekadar pengiktirafan peribadi, tetapi juga satu platform untuk membantu melahirkan lebih ramai usahawan muda yang berdaya saing dan beretika.

“Saya menerima pelawaan ini selepas melihat potensi besar anak-anak UiTM. Diharap perkongsian saya nanti dapat membuka ruang kepada pelajar untuk lebih berani menceburi bidang keusahawanan,” tambahnya.

Dalam kenyataan rasmi UiTM, institusi itu memuji keupayaan Siti yang berjaya menggabungkan kreativiti, integriti dan inovasi dalam mengembangkan jenama tempatan sehingga diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Sebagai Profesor Adjung, Siti dijangka terlibat dalam pelbagai program pembangunan pelajar termasuk bengkel dan sesi ‘masterclass’ bagi memperkukuh pengetahuan industri sebenar dalam kalangan pelajar dan tenaga akademik.

Majlis penyerahan watikah pelantikan diadakan di UiTM Shah Alam, disaksikan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin serta Dekan FPP, Profesor Ts Dr. Shafinar Ismail.

Baca juga: Fenomena Baharu Di SJKC, Ramai Murid Melayu Daftar Tapi Pelajar Cina Makin Berkurang

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×