Euforia Bola 2026
Famili

Siti Jamumall Bercerai Lagi, Kali Ini Suami Lafaz Talak Dua Ketika Buat Live Di TikTok!

SITI JAMUMALL BERCERAI

Sekali lagi, Siti Jamumall bercerai dan kali ini suaminya, Khairul Aiman Abdul Kudus melafazkan cerai ketika dia membuat ‘live’ di aplikasi TikTok.

Video perceraian Siti Jamumall atau nama sebenar Siti Suriani Wahiddin, tular di media sosial selepas dimuat naik oleh pengguna TikTok yang lain.

Baca juga: Jenis & Beza Talak Penceraian Dalam Islam, Fikir Dahulu Sebelum Lafazkan Ya..

SITI JAMUMALL BERCERAI, SUAMI LAFAZ KETIKA LIVE TIKTOK

SITI JAMUMALL BERCERAI

Difahamkan, seramai 20,000 sedang menyaksikan perceraian tersebut yang dilafazkan oleh Aiman Tak Kesah terhadap isterinya.

Menerusi rakaman itu, dapat dilihat Siti sedang menjual produknya sambil menangis teresak-esak sebelum meminta Aiman untuk keluar daripada bilik.

Namun, berlaku pergaduhan antara mereka berdua dan Siti menuduh suaminya itu berlaku curang setiap kali keluar rumah.

Aiman kemudiannya melafazkan cerai kepada Siti sebanyak tiga kali sebelum siaran tersebut dihentikan secara mengejut.

“Siti Suriani binti Wahiddin, aku ceraikan kau dengan talak dua. ‘See you in court’ (jumpa di mahkamah),” katanya  Aiman dalam video berkenaan.

Terdahulu, media melaporkan Siti Jamumall dan Aiman Tak Kesah pernah bercerai dan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 6 Mei lalu.

Mereka kemudiannya mengambil keputusan kembali rujuk dalam tempoh kurang 24 jam selepas pengesahan lafaz cerai dibuat.

Siti sebelum ini juga pernah berkahwin namun bercerai selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan terdahulu, dia dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Putra Adam Rizki, 5, dan Putra Aiman Zafran, 3.

Baca juga: Kadar Kelahiran Di Malaysia Terendah Dalam Sejarah! Berlaku Penurunan Sebanyak 11.5%

Sumber: TikTok

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×