Euforia Bola 2026
Famili

Aina Mariah Memang Next Level, Ingin Bawa ‘Aina Tricks’ Ke Antarabangsa!

aina tricks

Konten visual effects atau VFX semakin mendapat sambutan di setiap negara. Terbaharu, video Aina Mariah yang merupakan seorang content creator dan juga video editor di Rev Media Group menjadi bualan hangat kerana bertukar jadi Spiderman. Wow! Aina Tricks memang power.

Video tersebut mencecah tontonan sehingga 3 juta dan menarik perhatian liputan media Indonesia kerana melihat Aina bergayut di bangunan.

AINA MARIAH MAHU SIRI AINA TRICKS DIKENALI LEBIH RAMAI

aina tricks

Menerusi satu temu bual bersama Aina Mariah, dia mula berjinak-jinak dalam membuat konten VFX ini di YouTube ketika musim PKP. Hal ini kerana sepanjang musim tersebut, dia perlu bekerja di rumah dan mempunyai banyak masa bersama komputer.

Aina mengambil insiatif untuk belajar secara sendiri dan melihat VFX artist lain sebagai rujukan serta inspirasi. Selain itu, Aina sentiasa memastikan dirinya mempelajari skil baharu untuk lebih berjaya pada masa akan datang.

“Sepanjang PKP, saya perlu bekerja dari rumah. Jadi sebagai seorang video editor, saya mempunyai banyak masa bersama skrin komputer dan dari situlah saya mula belajar VFX melalui YouTube,” katanya.

Aina tidak pernah menyangka video VFX yang di muat naik di TikTok pada waktu itu mendapat sambutan luar biasa daripada warganet. Rata-rata memuji dan teruja melihat ‘magik’ di dalam viedo tersebut.

Aina mengambil peluang keemasan ini untuk menerbitkan satu siri di platform SAYS SEISMIK yang dikenali sebagai ‘Aina Tricks’. Bagi siri tersebut, Aina mengentengahkan tiga jenis tema iaitu transition, illusion dan special effect.

Lebih menarik lagi, salah satu impian Aina adalah ingin berkolaborasi bersama Sofyank dan impiannya itu akhirnya tercapai dalam satu projek, baru-baru ini.

“Saya sangat seronok dapat tunjuk ajar darinya walaupun dalam masa yang sama perasaan gementar tu ada. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Saya tak akan lupakan momen tersebut,” ulasnya.

Aina juga telah menghasilkan video bersama selebriti terkenal tanah air melalu siri Aina Tricks itu. Rezeki tak pernah salah alamat, video-videonya sudah tentu mendapat jutaan tontonan dari pelbagai negara.

Video kolaborasi Aina dan Sofyank:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SAYS SEISMIK (@saysseismik.ig)

Multicolors transition:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SAYS SEISMIK (@saysseismik.ig)

TikTok Trend

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SAYS SEISMIK (@saysseismik.ig)

Stranger Things Levitation

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SEISMIK TV (@seismiktv)

Spiderman

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aina Mariah (@ainamariah)

Ikuti Aina Mariah dan SAYS SEISMIK di Instagram untuk menonton lebih banyak video menarik.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×