Biasanya, setiap kali simpan makanan dalam peti ais pasti anda membiarkan sehingga berhari-hari. Tindakan ini sebenarnya tidak betul kerana setiap makanan ada jangka masa yang perlu diikut agar kualiti kekal terjamin.
Simpan makanan dalam peti ais mengikut jangka masa ditetapkan juga amat penting kerana ia berkaitan dengan kesihatan diri. Makanan yang sudah tidak elok, boleh menyebabkan kematian. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.
Baca juga: Resepi Buah Sawit Sira Untuk Kudap-Kudap, Manis Berlemak Bila Makan!
SIMPAN MAKANAN DALAM PETI AIS, JANGAN LEBIH JANGKA MASA INI

Mengetahui jangka masa simpan makanan dalam peti ais adalah penting agar makanan anda kekal segar dan selamat untuk dimakan.
Dengan panduan di bawah ini, anda boleh memaksimumkan penggunaan makanan, mengurangkan pembaziran dan kualiti makanan yang disimpan kekal terjaga.
Daging
- Daging segar (3-5 hari di dalam chiller, 4-6 bulan di freezer)
- Daging kisar (1-2 hari di dalam chiller, 3-4 bulan di freezer)
- Kuah daging (1-2 hari di dalam chiller, 2-3 bulan di freezer)
- Daging burger (1-2 hari di dalam chiller, 3-4 bulan di freezer)
- Daging sudah dimasak (3-4 hari di dalam chiller, 2-3 bulan di freezer)
- Bahagian organ (1-2 hari di dalam chiller, 3-4 bulan di freezer)
Ayam
- Ayam segar (1-2 hari di chiller, 1 tahun di freezer)
- Ayam goreng (3-4 hari di chiller, 4 bulan di freezer)
- Nugget (3-4 hari di chiller, 1-3 bulan di freezer)
Telur
- 3-4 minggu (jangan simpan telur di freezer)
- Kuning telur mentah (2-4 hari di chiller)
- Telur sudah masak (1 minggu di bahagian chiller)
Ikan
- Ikan tanpa lemak (1-2 hari di chiller, 6-8 bulan di freezer)
- Ikan berlemak (1-2 hari di chiller, 2-3 bulan di freezer)
- Ikan sudah masak (3-4 hari di chiller, 4-6 bulan di freezer)
Makanan laut
- 1-2 hari di chiller, 3-6 bulan di freezer
Sayur
3-4 hari di chiller, 2-3 bulan di freezer untuk sayuran rebus yang sudah ditambahkan daging dan sebagainya.
Jadi, pastikan anda simpan makanan dalam peti ais mengikut jangka hayat yang ditetapkan. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Resepi Ayam Masak Kurma Terlajak Sedap, Pekat Berlemak Baru Puas Makan!
Sumber: Facebook
