Sime Darby Property Bhd membuat tindakan bagus apabila menaikkan gaji sara hidup minimum pekerja kumpulan B40 daripada RM1,500 kepada RM2,700 sebulan.
Datuk Rizal Rickman Ramli, Pengerusi Sime Darby Property, menjelaskan bahawa langkah ini diambil bagi menyesuaikan diri dengan peningkatan kos sara hidup selain memberi sokongan kewangan yang lebih kukuh kepada golongan pekerja berpendapatan rendah.
Baca juga: Pilu! Kanak-Kanak Usia Empat Tahun Maut Terjatuh Dari Bangunan Tingkat 30…
GAJI SARA HIDUP PEKERJA B40 SIME DARBY PROPERTY JADI RM27000

“Inisiatif ini menonjolkan komitmen kami terhadap kestabilan kewangan dan kesejahteraan tenaga kerja kami, khususnya mereka yang paling terjejas oleh kenaikan kos sara hidup,” jelasnya.
Usaha menaikkan gaji isara hidup ini mencerminkan komitmen Sime Darby Property dalam memperkasa tenaga kerja melalui pelan transformasi SHIFT25.
Selain itu, Rizal Rickman turut menambah bahawa angkah ini diambil sebagai usaha kumpulan untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja sejajar dengan permintaan industri yang berkembang dan jangkaan berkaitan tadbir urus, sosial dan alam sekitar (ESG).
Dengan menetapkan gaji sara hidup minimum pada RM2,700, Sime Darby Property menawarkan bayaran RM1,000 lebih tinggi daripada kadar minimum kebangsaan.
Pada Februari tahun ini, kerajaan telah menetapkan paras gaji minuman bulanan kepada RM1,700 bagi majikan yang mempunyai lima atau lebih pekerja.
Namun, syarikat yang mempunyai kurang daripada lima pekerja diberi tempoh sehingga Ogos untuk patuh. Ketidakpatuhan adalah satu kesalahan di bawah Akta Majlis Rundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) dan boleh dikenakan penalti.
Kadar minimum baharu ini yang diumumkan dalam Belanjawan 2025, dijangka memberi manfaat kepada lebih 4.3 juta pekerja di seluruh Malaysia.
Baca juga: Anak Kedua Sheikh Muszaphar Terpilih Program Bakat Olimpik, “Mommy Daddy Sentiasa Doakan…”
Sumber: BH Online
