Euforia Bola 2026
Famili

Demi Kerjaya & Masa Bersama Anak, Shila Amzah Bakal Berhijrah Ke China Tahun Hadapan

HIJRAH KE CHINA

Shila Amzah memaklumkan bahawa dia akan hijrah ke China dan merancang untuk membawa keluarganya menetap di sana selewat-lewatnya pada penghujung tahun depan susulan komitmen kerjaya yang semakin bertambah di negara berkenaan.

Menurut penyanyi berusia 36 tahun itu, dia kini sedang dalam proses memuktamadkan sebuah kontrak baharu yang dijangka melibatkan tempoh yang agak panjang.

Baca juga: “Inilah Yang Rakyat Mahu!” MYDIN Raih Pujian Warganet Selepas Hadiahkan Baucar RM100 Buat Ibu Mengandung

HIJRAH KE CHINA, SHILA AMZAH PILIH BAWA KELUARGA

HIJRAH KE CHINA

Walau bagaimanapun, butiran lanjut mengenai perjanjian tersebut masih belum boleh didedahkan kerana sedang diteliti oleh pihak peguam.

Shila berkata, keputusan untuk berpindah dibuat selepas mempertimbangkan jadual perjalanan yang padat antara Malaysia dan China sejak kebelakangan ini.

“Sejak kebelakangan ini, saya kerap berulang-alik ke China. Selepas tiga atau empat hari di sana, saya pulang ke Malaysia dan mungkin hanya sempat bersama anak selama dua atau tiga hari.

“Sepanjang ketiadaan saya, emak dan bapa tiri membantu menjaga anak-anak. Walaupun ada pembantu, saya tetap perlukan orang yang benar-benar saya percayai.

“Lagipun, saya bakal menandatangani satu lagi kontrak, tetapi belum boleh berkongsi butirannya buat masa ini. Apa yang boleh saya katakan, tempoh kontrak itu agak panjang,” katanya.

Dalam masa sama, Shila menafikan dakwaan bahawa hasratnya untuk berpindah ke China berpunca daripada dirinya lebih dihargai di negara itu berbanding Malaysia.

Sebaliknya, dia menjelaskan setiap keputusan yang dibuat adalah berdasarkan peluang kerjaya dan rezeki yang diterima.

HIJRAH KE CHINA

“Bukan sebab peminat di sana lebih menghargai saya. Kalau begitu, takkanlah saya masih menghasilkan album Melayu di sini. Itu bermakna peminat di Malaysia juga sama penting buat saya.

“Sebenarnya, saya pernah menetap di China bermula 2012 ketika perkahwinan pertama dan tinggal di sana hampir lapan tahun. Selepas itu saya pulang ke Malaysia, kemudian dunia dilanda pandemik COVID-19 dan ketika itu memang tiada rezeki di sana.

“Jadi, ini bukan soal dihargai atau tidak. Di mana ada rezeki, di situlah saya akan pergi. Saya akan cuba mencari keseimbangan antara kerjaya di China dan Malaysia. Kalau boleh belah diri, sudah lama saya buat demi peminat,” ujarnya.

Untuk rekod, Shila sebelum ini pernah menetap di China selama hampir lapan tahun sebelum kembali ke Malaysia. Kini, dengan peluang kerjaya yang kembali berkembang di negara berkenaan, penyanyi itu berharap dapat mengimbangi komitmennya di kedua-dua negara sambil memastikan lebih banyak masa dapat diluangkan bersama keluarga.

Baca juga: Eyka Farhana Kongsi Foto Muhammad Luay Khayr Sempena Usia 2 Bulan, Ramai Kata “Copy Paste Muka Baba”

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×