Di aplikasi Threads, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila sudah setahun tidak bersama suaminya tanpa alasan yang muhasabah.
Jelasnya, apabila si isteri cuba menyentuh, suami akan cepat rimas seakan-akan tidak mempunyai perasaan. Keadaan itu membuatkan dia rasa terasing dan bingung, seolah-olah cinta yang pernah mereka kongsi kini sudah pudar tanpa penjelasan.
Baca juga: Trick Duduk Hotel 5 Bintang Tapi Harga ‘Bajet’, Kena Buat Macam Wanita Ini Kongsi!
SETAHUN TIDAK BERSAMA SUAMI, BARU SENTUH DAH RIMAS

Freepik
Wanita tersebut berharap suaminya dapat membuka hati dan berbincang secara jujur supaya mereka dapat memperbaiki hubungan atau sekurang-kurangnya memahami apa yang sedang berlaku.
“Sebelum tidur, macam benda lalu dalam kepala. Hampir setahun kahwin, kami tak pernah bersama lagi. Macam-macam soalan dah ditanya tapi masih aku persoalkan,” luahnya.
Keadaan itu membuatkan pengguna media sosial menyangka bahawa suaminya itu tidak mempunyai perasaan terhadap wanita sebaliknya kepada lelaki.
Spekulasi dan pelbagai teori mula timbul di kalangan netizen, ada yang menyifatkan kemungkinan suaminya sedang bergelut dengan identiti diri atau menghadapi dilema peribadi yang belum mampu dikongsikan secara terbuka.
Namun, tidak kurang juga yang menasihatkan agar pasangan tersebut mencari ruang untuk berkomunikasi dengan lebih terbuka dan mendapatkan bantuan profesional bagi menyelesaikan isu yang melanda hubungan mereka.
“Kepada suamiku, andai awak terbaca atau terjumpa luahan saya, maafkan saya. Tak ada niat untuk saya buka aib sesiapa. Saya cuma perlukan tempat untuk meluah.
“Saya pernah bertanya kepada suami kalau dia gay, bi atau sebaliknya. Suami bersumpah dia bukan begitu. Sebelum ini pun dia bercinta dengan perempuan. Suami saya juga tak minta apa-apa bayaran kepada saya kalau nak bersama,” jelasnya.
Dalam masa yang sama, ada juga pengguna media sosial yang tampil berkongsi pengalaman serupa, menjadikan kisah itu sebagai pencetus perbualan yang lebih luas tentang hubungan suami isteri yang dingin tanpa sebab yang jelas.
“Saya ada kenal seseorang yang suami dia hanya sekadar roommate sahaja. Memang dah 20 tahun kahwin tak pernah bersama. Rupanya suami dia tak berani. Takut. Sampai sekarang ini hanya sekadar roommate,” katanya.
Sumber: Threads
