Euforia Bola 2026
Famili

Wanita Buat Servis ‘Peneman’ Pesakit Ke Hospital Jadi Tumpuan – Siap Jemput, Teman & Ambil Ubat!

ubat hospital

Dalam dunia yang penuh dengan kesibukan kerja, ramai yang tidak mempunyai masa atau ruang untuk menemani orang tersayang untuk ambil ubat hospital atau temujanji doktor. Ada yang terpaksa mengambil cuti, ada juga yang hanya mampu risau dari jauh sahaja terutamanya apabila membiarkan mak ayah pergi sendiri.

Tapi kini, muncul satu inisiatif unik dan penuh empati iaitu perkhidmatan ‘peneman ke hospital’ yang bukan sahaja memudahkan urusan, malah memberikan ketenangan kepada ramai!

Baca juga: Cara Semak Status Kelayakan Bantuan TAMBAHAN SARA 2025, Mungkin Kali Ini Anda Lulus!

SERVIS PENEMAN AMBIL UBAT HOSPITAL & JUMPA DOKTOR, MUDAHKAN RAMAI ORANG!

ubat hospital

Foto hiasan.

Dengan tagline “Jom Anis Temankan”, servis ini bukan sekadar jadi peneman namun menjadi ‘tangan kanan’ yang menguruskan segala keperluan dari mula hingga selesai urusan. Menarik bukan?

Perkhidmatan ini mula tular selepas dikongsi oleh pengguna Twitter @syazniera yang memuatnaik poster servis ‘Jom Anis Temankan’. Dalam sekelip mata, perkongsian itu meraih lebih 55,000 tontonan, dan ruangan komen dipenuhi dengan pujian serta rasa kagum.

Ramai menganggap idea ini di luar kotak fikiran dan sememangnya praktikal, terutamanya untuk mereka yang sibuk bekerja atau tinggal berjauhan daripada ibu bapa. Apa yang ditawarkan?

– Menjemput pelanggan dari rumah
– Menemani sepanjang sesi pemeriksaan, rawatan, atau ambil ubat
– Menghantar pelanggan pulang selepas selesai urusan

Senang cerita, semuanya diurus dari A sampai Z. Antara jenis temujanji yang boleh ditemani termasuk:

– Pemeriksaan kesihatan berkala
– Temujanji doktor pakar
– Fisioterapi
– Dialisis
– Pengambilan ubat

Namun, perkhidmatan ini buat masa ini hanya tersedia untuk kawasan sekitar Kuala Lumpur sahaja.

Solusi Untuk Anak-Anak Yang Sibuk

ubat hospital

Foto: Poster servis untuk rujukan orang ramai.

Menurut Anis , dia menyasarkan perkhidmatan ini kepada golongan anak-anak yang tidak dapat mengambil cuti untuk menemani ibu bapa ke hospital.

“Tiada cuti? Jangan risau. Anis boleh teman dan uruskan mereka. Hati tenang, appointment tak miss,” tulisnya dalam poster tular itu.

Bagi yang berminat, tempahan boleh dibuat dengan mudah hanya melalui WhatsApp—maklumat lanjut turut disediakan dalam poster yang dikongsi. Ternyata, netizen pun sangat terharu dan seronok apabila ada anak muda yang kreatif untuk mencari peluang pekerjaan tambahan dengan melakukan servis sebegini.

“Patut ada ramai lagi buat servis macam dulu. Dulu selalu bawa mak pergi check up every 2-3 months. Selalu nampak ramai juga makcik-makcik tua yang uzur seorang je tak ada peneman. Ada juga yang anak drop je kemudian ambil bila dah selesai. Tak semua anak-anak ada masa temankan sampai habis kadang-kadang temujanji tu smpai half day kalau hospital kerajaan..”– netizen.

“Wow! Haritu ada servis teman pergi shopping. Sekarang teman ibu bapa bawa pergi temujanji hospital yang sangat bagus untuk zaman sekarang. Semoga maju jaya!” – netizen.

*Menarik, kan? Dalam dunia serba pantas hari ini, servis seperti ini bukan saja memudahkan urusan kesihatan, tapi juga membantu mengurangkan beban dan rasa bersalah dalam kalangan mereka yang bekerja. Siapa sangka, satu idea kecil boleh beri impak besar pada ramai orang.

Baca juga: Senarai Barang & Jenama Keperluan Asas Boleh Beli Guna Bantuan MyKasih 2025, Banyak Pilihan!

Sumber: Thread @syazniera

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×