Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Isteri Tak Puas Hati Tinggal Di Rumah Mentua, Marah Bila Suami Asyik Lebihkan Ibu Sendiri!

SERUMAH DENGAN MENTUA

Tinggal serumah dengan mentua sering menjadi isu besar dalam rumah tangga, terutama jika isteri rasa tidak selesa atau tertekan dengan suasana di rumah tersebut.

Lebih merumitkan keadaan, apabila suami pula terlalu memihak atau menunjukkan keutamaan kepada ibunya dalam segala hal, hingga mengabaikan perasaan isteri.

Baca juga: Siti Nurhaliza Kongsi Detik Masa Bersalin, Datuk K Fobia Tengok Isteri Bertarung Nyawa!

DUDUK SERUMAH DENGAN MENTUA, ISTERI TAK SELESA

SERUMAH DENGAN MENTUA

Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan seorang suami wajib menyediakan tiga perkara asas sebagai nafkah kepada isteri iaitu makan minum, pakaian, dan tempat tinggal. Namun, tempat tinggal yang diberikan mestilah menepati syarat iaitu mampu memberikan ketenangan kepada isteri.

“Rumah ini syarat dan bila isteri duduk, dia senang hati. Kalau ada perkara yang tidak menyenangkan hati isteri, suami wajib mencari rumah yang lain. Jangan main-main. Itu hukum nafkah. Ramai suami tak tahu.

“Contoh, kalau di rumah itu ada kakak suami. Kakak suami ini musuh isteri dia. Selalu berbalah. Maka berdosa suami bawa isteri tinggal di rumah itu kerana dalam rumah itu ada musuh isteri dia,” jelasnya.

Dalam Islam, tanggungjawab suami datang bersama amanah dan keadilan. Ada perkara yang perlu diputuskan bersama dan ada ketika isteri perlu diberi keutamaan apabila melibatkan emosi dan keselamatan dirinya dalam rumah tangga.

Ustaz Azhar Idrus juga menjelaskan sekiranya suami ingin tetap menunjukkan kasih kepada ibunya, itu tidak salah. Namun, terdapat dua syarat penting yang perlu dijaga.

Pertama, nafkah isteri mestilah tetap diberikan dengan sempurna. Kedua, jangan sesekali menunjukkan kasih sayang secara terang-terangan di hadapan isteri sehingga menyinggung perasaannya.

Jadi, tinggal serumah dengan mentua tidak salah namun seorang suami mesti berlaku adil dan sensitif terhadap perasaan isteri.

Islam tidak pernah menghalang kasih kepada ibu atau keluarga sendiri tetapi jangan sesekali mengorbankan hak dan ketenangan isteri yang juga merupakan amanah besar.

Baca juga: Suami Sudah Meninggal Baru Tahu Perkahwinan 29 Tahun Tak Sah, Rupanya Sebab Guna ….

Sumber: TikTok

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×