Euforia Bola 2026
Sihat

Doktor Kongsi Serbuk Kayu Manis Boleh ‘Lawan’ Penyakit Cyst, Amalkan Selama 4 Bulan Pasti Ada Beza!

SERBUK KAYU MANIS

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Dr Suri Roowi berkongsi mengenai potensi serbuk kayu manis yang dikatakan dapat membantu mengatasi masalah cyst berdasarkan beberapa kajian yang pernah dijalankan.

Masalah cyst atau sista merupakan antara isu kesihatan yang sering membimbangkan golongan wanita, terutama apabila ia mengganggu kitaran haid, kesuburan dan rutin harian.

Baca juga: 11 Tanda Pelik Yang Ramai Takut, Tapi Sebenarnya Itu ‘Sign’ Badan Sihat.. Bukan Penyakit!

SERBUK KAYU MANIS BANTU ATASI MASALAH CYST

SERBUK KAYU MANIS

Kredit: Magnific

“Cyst biasanya berlaku dalam pelbagai tisu dan organ. Ia sering dinamakan mengikut lokasi anatominya (contohnya cyst ovari, cyst pundi kencing, cyst payudara, cyst hati, cyst buah pinggang, cyst pancreas, cyst faraj, cyst kulit dan cyst thyroid),” jelasnya.

Dr Suri Roowi turut menjelaskan bahawa secara khusus, cyst ialah kantung atau poket yang berisi cecair dan boleh terbentuk di pelbagai bahagian tubuh.

Walaupun tidak semua cyst berbahaya, ada sesetengah keadaan yang boleh menyebabkan rasa tidak selesa, sakit bahagian pelvis, haid tidak teratur serta gangguan hormon terutama melibatkan cyst pada ovari.

Dalam perkongsian sama, Dr Suri Roowi memaklumkan terdapat kajian yang mendapati serbuk kayu manis berpotensi membantu memperbaiki kitaran haid selain dikatakan berkesan dalam membantu mengatasi masalah cyst.

SERBUK KAYU MANIS

“Ambil 3g serbuk kayu manis bersama segelas air panas, ditapis, ditambah sesudu madu dan diminum selama 4 bulan,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, setiap individu mempunyai tahap kesihatan berbeza dan keberkesanan sesuatu amalan mungkin tidak sama bagi semua orang.

Walaupun petua tradisional dan bahan semula jadi sering menjadi pilihan ramai, pemeriksaan serta nasihat doktor tetap penting terutama jika cyst yang dialami menyebabkan kesakitan melampau, gangguan haid berpanjangan atau saiz cyst semakin membesar.

Ini kerana terdapat beberapa jenis cyst yang memerlukan pemantauan rapi dan rawatan lanjut bergantung kepada keadaan pesakit.

Selain mengamalkan pemakanan sihat dan gaya hidup aktif, individu yang mempunyai masalah cyst juga disarankan mendapatkan pemeriksaan berkala bagi memastikan keadaan kesihatan sentiasa terkawal.

Baca juga: Jangan Sapu Atau Vakum ‘Taik’ Tikus, Cara Salah Ini Boleh Jadi Punca Jangkitan Penyakit Berbahaya

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×