Euforia Bola 2026
Didik

10 Universiti Terbaik Asia Tenggara 2025, Malaysia & Singapura Menonjol Tangga Teratas!

senarai universiti

Setiap tahun, penerbitan QS World University Rankings menjadi penanda aras penting dalam menilai prestasi institusi pendidikan tinggi di seluruh dunia. Tahun 2025 menyaksikan senarai universiti di Asia Tenggara terus mendapat perhatian khususnya dari dua negara serantau, Singapura dan Malaysia.

Hal ini kerana, kedudukan universiti-universiti ini berada di tahap yang membanggakan dan boleh terus meningkat di peringkat yang lebih tinggi!

Baca juga: Patutlah ‘Tak Laku’ Diambil Bekerja, Rupanya 38 Program Akademik Universiti Ini Dah Tak Relevan

SENARAI UNIVERSITI TERBAIK ASIA TENGGARA 2025, MALAYSIA & SINGAPURA MENONJOL!

senarai universiti

Foto: Universiti Malaya

Berikut adalah senarai 10 universiti terbaik di Asia Tenggara bagi tahun 2025, berdasarkan gabungan maklumat dari ranking QS Asia dan Times Higher Education (THE) Asia University Rankings yang terkini:

1. National University of Singapore (NUS) – Singapura

Kedudukan: #1 di Asia Tenggara, Top 10 Asia. Terkenal dalam bidang kejuruteraan, sains komputer, perniagaan dan sains hayat.

2. Nanyang Technological University (NTU) – Singapura

Kedudukan: Top 2 di Asia Tenggara. Kuat dalam kejuruteraan, teknologi, dan sains sosial.

3. University of Malaya (UM) – Malaysia

Kedudukan: Top 100 Asia. Universiti terbaik di Malaysia, dikenali dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan sains sosial.

4. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – Malaysia

Kedudukan: Meningkat konsisten, Top 200 Asia. Dikenali dalam penyelidikan dan sains sosial.

5.  Universiti Sains Malaysia (USM) – Malaysia

Fokus kepada sains, teknologi dan kesihatan.

6. Universiti Putra Malaysia (UPM) – Malaysia

Terkenal dalam pertanian, sains, dan kejuruteraan.

7. Universiti Teknologi Malaysia – Malaysia

Terkenal dalam bidang teknologi dan kejuruteraan.

8. Universitas Indonesia – Indonesia

Terkenal dalam bidang perubatan, kesihatan dan sains sosial.

9. Chulalongkorn University – Thailand

Kedudukan: Top 150 Asia. Universiti terkemuka Thailand, dengan reputasi kukuh dalam pelbagai bidang.

10. Universitas Gadjah Mada – Indonesia

Universiti awam tertua dan paling bersejarah di Indonesia. Terkenal dalam bidang perubatan, sains politik dan hubungan antarabangsa.

senarai universiti

*TAHNIAH BUAT SEMUA!

Baca juga: 30 Senarai Bantuan Kewangan Pendidikan Untuk Pelajar IPT, Jangan Lupa Mohon!

Sumber: QS World University, Rem Dambul

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×