Euforia Bola 2026
Percutian

‘Healing Mode’ ON! 8 Hotel Ini Tawar Pakej Spa Terbaik Untuk Pulihkan Minda, Tubuh & Jiwa

spa di hotel

Jika anda mencari tempat untuk memulihkan tenaga, menenangkan minda, dan merawat tubuh secara menyeluruh, sebenarnya banyak spa di hotel Malaysia menawarkan pelbagai ‘healing retreat’ bertaraf dunia.

Bukan hanya berjalan-jalan, malah percutian anda jadi lebih sihat sekiranya meluangkan sedikit masa dengan aktiviti ‘healing’ di senarai hotel di bawah.

Baca juga: Rakyat Malaysia Yang Nak Masuk Thailand Perlu Bayar Cukai ‘Pijak Tanah’ Pada Tahun 2026

SPA DI HOTEL MALAYSIA YANG ADA PAKEJ ‘HEALING’, BERCUTI JADI TENANG

spa di hotel

Foto: freepik

1. The Banjaran Hotsprings Retreat, Ipoh, Perak

Dikenali sebagai retreat geoterma terkenal di Malaysia yang dikelilingi oleh bukit batu kapur dan hutan hujan.

Menawarkan pelbagai terapi holistic seperti urut tradisional, meditasi di dalam gua kristal, mandian air panas semula jadi dengan villa peribadi dan kolam renang menjadikannya tempat yang ideal untuk relaksasi mendalam.

2. The Datai Langkawi, Langkawi

Resort mewah yang terletak dalam hutan purba di pesisir Teluk Datai. Spa holistik yang menggabungkan rawatan tradisional Melayu, yoga di hutan, muka organik, dan sound healing.

3. Tanjong Jara Resort, Terengganu

Resort berinspirasikan Istana Melayu abad ke-17, bersebelahan pantai yang tenang. Spa Village menawarkan urutan Melayu tradisional (Urut Melayu), mandian herba, dan rawatan pulih fizikal berdasarkan ritual lama.

4. Pangkor Laut Resort, Pulau Pangkor

Resort eksklusif di pulau persendirian dengan Spa Village yang menggabungkan tradisi perubatan Melayu, Cina, dan Ayurveda. Rawatan seperti urutan di udara terbuka dan mandi herba laut sangat sesuai untuk penyembuhan fizikal dan jiwa.

5. Four Seasons Resort Langkawi, Langkawi

Resort mewah di Langkawi dengan spa yang menawarkan urutan Balinese dan Melayu, rawatan wajah, serta program wellness yang disesuaikan. Dikenali dengan gabungan kemewahan, alam, dan kesejahteraan menyeluruh.

6. The Chateau Spa & Organic Wellness Resort, Bukit Tinggi, Pahang

Bertemakan chateau Perancis di lereng bukit dengan pakej kecantikan dan yoga (contohnya 4 Days Beauty and Yoga Retreat). Menyediakan urutan, yoga, rawatan refleksologi, rawatan wajah, serta konsultasi nutrisi.

7. Mangala Resort & Spa, Kuantan, Pahang

Resort eko-mesra di tengah alam semula jadi, dikelilingi tasik dan pokok sawit. Menyediakan villa, sesi yoga, dan rawatan tubuh dengan bahan botani tempatan—cocok untuk mereka yang mahukan ketenangan dan restorasi.

8. Gaya Island Resort, Sabah (Borneo)

Resort di pulau tepi hutan dan laut, dengan Spa Village yang menonjolkan tradisi penyembuhan pribumi dan terapi laut. Sangat ideal untuk penggemar alam dan penyegaran batin.

spa di hotel

*Seronok bukan? Tunggu apa lagi, jom!

REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.

Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.

Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.

Baca juga: Senarai Ubat Penting Untuk Anak Bila Bercuti: Ibu Ayah Kena Ready Supaya Tak Panik & Jimat!

Sumber: World Spa Award, BookRetreats

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×