Pekerjaan sukar diganti AI masih wujud walaupun kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) kini banyak memudahkan kerja manusia, terutamanya dalam bidang digital. Namun, perkembangan AI yang semakin canggih menimbulkan kebimbangan kerana ia berpotensi mengambil alih sebahagian tugas manusia.
Malah, laporan Goldman Sachs menjangkakan hampir 300 juta jenis pekerjaan di seluruh dunia mungkin terkesan akibat teknologi ini. Walaupun begitu, kerja yang memerlukan kreativiti, empati dan kemahiran menyelesaikan masalah yang kompleks masih menjadi kekuatan manusia.
Baca juga: Gara-Gara Bos & PA Berskandal, Kerja Idaman Jadi Tempat Toksik Sampai Ramai Staf Lari!
PEKERJAAN SUKAR DIGANTI AI

Gambar hiasan AI
Inilah 10 pekerjaan yang sukar diganti AI:
1. Pemuzik dan Penggiat Seni
AI boleh mencipta melodi dan muzik berdasarkan algoritma, tetapi ia sukar menandingi emosi dan kreativiti yang lahir daripada hati seorang pemuzik.
Elemen seperti ekspresi, dinamika, improvisasi dan ‘jiwa’ muzik adalah sesuatu yang unik pada manusia.
2. Penulis dan Pencipta Kandungan
AI mampu menghasilkan teks mengikut data, tetapi ia tidak mampu meniru emosi, nuansa dan sentuhan peribadi yang membuatkan pembaca terhubung secara emosional.
Sama ada penulisan berita, novel atau copywriting manusia masih unggul.
3. Seniman dan Pereka
Karya seni seperti lukisan atau reka bentuk lahir daripada hubungan emosi antara pencipta dan karyanya.
Goresan, warna dan perspektif yang dilahirkan oleh seorang seniman adalah hasil pengalaman dan rasa yang tidak boleh dihasilkan AI.
4. Peguam dan Hakim
Bidang undang-undang memerlukan analisis, strategi dan pertimbangan kemanusiaan. Membela klien atau membuat keputusan hukuman memerlukan empati dan penilaian yang mendalam.
Sesuatu yang AI tidak miliki.
5. Pakar Bedah dan Petugas Kesihatan
AI boleh membantu mendiagnosis penyakit, tetapi merawat pesakit tetap memerlukan empati, etika dan sentuhan manusia.
Keputusan perubatan yang kompleks memerlukan pertimbangan menyeluruh dan hubungan doktor dan pesakit yang tidak boleh digantikan mesin.
Baca juga: Ramai Gagal ‘Survive’ Bila Kerja Di Luar Negara, Sebelum Terkena Anda Kena Tahu 5 Tips Penting Ini

Gambar hiasan: Freepik
6. Saintis dan Jurutera
AI boleh membantu analisis data, tetapi intuisi dan kreativiti saintifik dalam menghasilkan penemuan baharu masih bergantung pada manusia.
7. Atlet
Sukan memerlukan kekuatan fizikal, koordinasi dan latihan intensif. AI boleh membantu dalam strategi permainan, tetapi ia tidak boleh menjadi atlet sebenar di padang.
8. Psikologi dan Psikiatri
Bidang ini memerlukan kemampuan memahami emosi manusia, membina kepercayaan dan memberi sokongan peribadi. Peranan ini mustahil diganti sepenuhnya oleh teknologi.
9. Guru
AI boleh membantu mengajar, tetapi kesabaran, bimbingan dan empati guru dalam mendidik murid tidak boleh ditiru sepenuhnya.
10. CEO (Ketua Pegawai Eksekutif)
Pemimpin syarikat bukan sekadar membuat keputusan, tetapi juga menginspirasikan pekerja, menetapkan visi dan membina strategi jangka panjang.
Kepimpinan ini bergantung pada hubungan manusia, bukan sekadar algoritma.
Kesimpulan
Ada beberapa jenis kerja yang mungkin diganti oleh AI, tapi masih banyak kerja lain yang memerlukan sentuhan manusia. Kerja yang perlukan kreativiti, empati, dan kemahiran menyelesaikan masalah yang rumit tetap tak boleh diganti AI.
Disebabkan itu, kita perlu terus mengasah kemahiran yang hanya manusia boleh lakukan supaya kekal relevan dalam zaman digital ini.
Baca juga: Kekurangan Bukan Penghalang, 5 Kerjaya Sesuai Untuk OKU Yang Ramai Tak Nampak
Sumber: BINUS University
FT Image: AI
