Euforia Bola 2026
Nur

Pelupa Bila Belajar? Cuba Amalkan 5 Doa Mudah Hafal Ini Hari-Hari, Otak Jadi Lebih Tajam!

doa mudah hafal

Doa mudah hafal sering menjadi amalan utama bagi pelajar, penghafal al-Quran dan sesiapa sahaja yang ingin menguatkan daya ingatan dalam menuntut ilmu.

Dalam Islam, doa bukan sekadar permintaan biasa, ia adalah bentuk pengharapan dan tawakal kepada Allah SWT agar diberi kefahaman, kekuatan hafalan serta dijauhkan daripada sifat pelupa.

Baca juga: Risau Ramai Islam Terjebak Trend “S-Line” Simbol Pengalaman Seksual, Seakan Bangga Dedah Aib!

SENARAI DOA MUDAH HAFAL

doa mudah hafal

Gambar hiasan: Freepik

Malah, ramai ulama berpandangan bahawa berdoa untuk memperbaiki ingatan adalah antara amalan yang sangat digalakkan, khususnya bagi penuntut ilmu yang ikhlas mencari keberkatan.

Doa untuk kuatkan ingatan ini adalah satu rangkaian doa yang telah diajar dalam Islam sejak zaman Nabi SAW lagi. Ia bertujuan memohon pertolongan dan rahmat Allah supaya kita mudah mengingati perkara yang bermanfaat, dijauhkan daripada kelalaian dan dilindungi daripada nyanyuk.

Selain dibaca dengan penuh keyakinan dan konsistensi, doa-doa ini juga lebih berkesan apabila diamalkan pada waktu-waktu mustajab seperti selepas solat, ketika berpuasa atau sebelum memulakan sesi pembelajaran.

1. Doa dari Surah Al-Anbiya Ayat 79

فَفَهَّمْنَا سُلَيْمَانَ وَكُلًّا آتَيْنَا حُكْمًا وَعِلْمًا وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُدَ الجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَالطَّيْرَ وَكُنَّا فَاعِلِيْنَ

“Kami memberikan pemahaman kepada Sulaiman. Setiap dari mereka Kami berikan kebijaksanaan dan ilmu. Kami tundukkan gunung dan burung kepada Dawud. Mereka bertasbih. Kami lah yang melakukan itu semua.”

2. Doa untuk pemahaman dan ilmu

اَللّٰهُمَّ ارْزُقْنَا يَارَبِّ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْ سَلِيْنَ

“Ya Allah, karuniailah kami paham para nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir dengan-Mu.”

3. Doa untuk ilmu dan rezeki

اللَّهُمَّ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا، وَارْزُقْنِي فَهْمًا، وَاجْعَلْنِي مِنَ الصَّالِحِيْنَ

“Ya Allah, tambahkanlah aku ilmu dan berikanlah aku rizqi akan kepahaman, dan jadikanlah aku termasuk golongan orang-orang yang soleh.”

4. Doa kuatkan ingatan dalam rumi

Allahumma inna as-aluka fahman nabiyyin, wa hifzal mursalin, wa ilhamal mala-ikatil muqarrabin. Allahumma nawwir qalbi binuril fahmi wa iftah ‘alayya bi fadhlik, warhamni bi tarkil ma’asi abadan ma abqaitani, warzuqni husnal fahmi wal hifzi.

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kefahaman para nabi, hafalan para rasul, dan ilham para malaikat yang dekat kepada-Mu. Ya Allah, sinarilah hatiku dengan cahaya kefahaman dan bukakanlah untukku dengan kurniaan-Mu, dan rahmatilah aku dengan meninggalkan maksiat selama-lamanya selagi Engkau menghidupkan aku, dan kurniakanlah kepadaku kefahaman dan hafalan yang baik.”

5. Doa spesifik untuk menghafal al-Quran

Ada doa khusus yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Ali bin Abi Thalib RA untuk memudahkan menghafal Al-Qur’an:

اللَّهُمَّ ارْحَمْنِي بِتَرْكِ مَعَاصِيْكَ أَبَدًا مَا أَبْقَيْتَنِي

“Ya Allah, rahmati untuk (dapat) meninggalkan maksiat kepada-Mu selamanya, selagi Engkau masih memberi kesempatan kepadaku.”

Baca juga: Mufti Kata Haram Batalkan Solat Disebabkan Anak Menangis, Ini Penjelasannya!

Sumber: Jom al-Quran

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×