Pes masakan merupakan ramuan penting yang wajib ada di dapur. Hal ini kerana, kewujudan pes dapat memendekkan waktu proses memasak, selain memudahkan urusan individu yang bekerja di bulan Ramadan.
Melalui perkongsian TikTok @rumasafinaqi, terdapat 9 jenis pes masakan selera Melayu yang wajib disediakan di rumah. Jom lihat jenis dan proses penyediaannya di bawah.
Baca juga: Koleksi 30 Hari Menu Berbuka & Sahur Untuk 2025, Ada Banyak Idea Ringkas Tapi Menyelerakan!
JENIS PES MASAKAN SELERA MELAYU
1. Pes bawang merah

- Masukkan hirisan bawang merah mengikut kuantiti yang diinginkan di dalam mesin pengisar.
- Kisar hingga lumat.
- Pindahkan pes ke dalam bekas ais batu.
- Bekukan di dalam peti sejuk.
- Simpan di dalam bekas bertutup.
2. Pes bawang putih kasar

- Masukkan ketulan bawang putih mengikut kuantiti yang diinginkan di dalam mesin pengisar.
- Kisar kasar sahaja.
- Pindahkan pes ke dalam bekas ais batu.
- Letak sedikit minyak masak untuk ia tak hancur tapi pejal.
- Bekukan di dalam peti sejuk.
- Simpan di dalam bekas bertutup.
3. Pes bawang putih halus

- Masukkan ketulan bawang putih mengikut kuantiti yang diinginkan di dalam mesin pengisar.
- Kisar hingga lumat.
- Pindahkan pes ke dalam bekas ais batu.
- Letak sedikit minyak masak untuk ia tak hancur tapi pejal.
- Bekukan di dalam peti sejuk.
- Simpan di dalam bekas bertutup.
Baca juga: Resipi Bubur Kacang Hijau Warisan Keluarga, Bila Cicah Roti Putih Habis Semangkuk!
4. Pes halia

- Masukkan halia dipotong kecil mengikut kuantiti yang diinginkan di dalam mesin pengisar.
- Kisar hingga lumat.
- Pindahkan pes ke dalam bekas ais batu.
- Bekukan di dalam peti sejuk.
- Simpan di dalam bekas bertutup.
5. Pes cili boh

- Rebus satu beg cili kering, 2 ketul bawang besar bulat dan beberapa ulas bawang putih untuk melembutkan bahan.
- Kisar hingga lumat bahan tadi bersama minyak masak dan garam untuk menambah rasa dan agar bertahan lama.
- Pindahkan pes ke dalam bekas bertutup.
- Bekukan di dalam peti sejuk.
6. Pes sambal belado

- Kisar 6 biji bawang merah kecil, sebiji bawang merah besar, segenggam halia, cili merah, cili padi untuk ekstra pedas dan sebiji tomato.
- Tumis bahan kisar bersama serai, gula aren, jus limau, sos tiram, sos plum, sos ikan, serbuk perasa dan garam.
- Pindahkan pes ke dalam bekas ais batu.
- Bekukan di dalam peti sejuk.
- Simpan di dalam bekas bertutup.
Baca juga: Cantik Elok Tak Putus & Kuning Keemasan, Ini Tips Celur Bihun Sup Utara!
7. Pes masak lemak cili api

- Kisar segenggam cili padi, cili hijau dan 5 ulas kunyit hidup.
- Tumis bahan kisar bersama 2 serai yang dititik untuk mengekalkan aroma segar.
- Pindahkan pes ke dalam bekas ais batu.
- Bekukan di dalam peti sejuk.
- Simpan di dalam bekas bertutup.
8. Pes ibu sambal

- Tumis pes bawang merah dan pes bawang putih.
- Masukkan 3 sudu makan cili boh (letak lebih jika suka pedas).
- Kemudian, masukkan gula aren, garam, serbuk perasa dan asam keping.
- Pindahkan pes ke dalam bekas ais batu.
- Bekukan di dalam peti sejuk.
- Simpan di dalam bekas bertutup.
9. Pes rendang atau asam pedas

- Kisar 2-3 serai, 8 biji bawang merah. 5 ulas bawang putih, halia sebesar ibu jari, 8 cili kering, separuh galangal, 2 sudu teh cili boh dan 2-3 kunyit hidup.
- Pindahkan pes ke dalam bekas ais batu.
- Bekukan di dalam peti sejuk.
- Simpan di dalam bekas bertutup.
Baca juga: Menu Bekal Sekolah Anak Untuk 2 Sesi Pagi Dan Petang, Ringkas & Boleh Ulang Setiap Minggu!
Sumber: TikTok @rumasafinaqi
FT Image: TikTok @rumasafinaqi
