Dalam dunia yang serba sibuk ini, ramai pasangan suami isteri mula hilang waktu kualiti bersama. Bila siang dipenuhi kerja, malam pula dihabiskan dengan hadap telefon atau anak-anak sehingga sembang sebelum tidur pun tak sempat.
Tanpa kita sedari, amalan kecil ini boleh jadi penyelamat rumahtangga iaitu terapi bicara sebelum tidur atau lebih mesra dikenali sebagai pillow talk.
Baca juga: Janganlah Pandang Dinding Je, Suami Isteri Boleh Cuba Borak 5 Topik ‘Pillow Talk’ Ini Sebelum Tidur
Sembang Sebelum Tidur Dalam Gelap, Terapi Bicara Paling Murah Untuk Suami Isteri

Foto: freepik
Nampak remeh, tapi sebenarnya inilah salah satu cara paling berkesan untuk eratkan semula hubungan suami isteri tanpa perlu keluar rumah, tanpa perlu belanja mahal. Kenapa sembang sebelum tidur ini sangat ‘berkuasa’?
1. Gelap Buat Kita Lebih Jujur
Dalam gelap, tiada mata saling memerhati. Ini buat kita rasa lebih selesa untuk bercakap jujur, tentang rasa sayang, rindu, sedih, takut.
2. Tiada Gangguan Luar
Telefon biasanya dah letak tepi dan anak-anak pun dah tidur. Waktu ini adalah momen paling tenang, paling peribadi, hanya kita dan pasangan.
3. Nada Suara Lebih Lembut
Dalam suasana sunyi dan samar, cara kita bercakap juga berubah. Nada suara jadi lembut, nada bergaduh pun jadi perlahan. Sembang pun lebih mendalam.
Apa Nak Bual? Takkan Nak Cakap Pasal Bil Elektrik Je?

“Hari ni awak rasa apa yang paling mencabar?”
“Awak tahu tak saya sebenarnya rindu nak lepak berdua je dengan awak?”
“Awak rasa hidup kita sekarang okay ke?”
“Kalau kita ada peluang bercuti berdua, awak nak ke mana?”
Soalan-soalan macam ni bukan sekadar membuka perbualan, tapi membuka hati. Ramai pasangan hanya luahkan isi hati bila dah ‘meletup’. Tapi terapi bicara malam-malam ini ialah penjagaan harian untuk hubungan. Macam gosok gigi, nampak kecil, tapi kalau abaikan, akan rosak juga nanti.
Oleh itu, jadikan gelap itu terang! Kadang-kadang, satu ayat sebelum tidur boleh ubah arah rumah tangga.
Baca juga: Jodoh Dah Jumpa Tapi Bakal Mentua ‘REJECT’ Sebab Anda Kerja Dalam 7 Bidang Ini, Pedihnya Hati!
Sumber: PsychologyToday, Harian Metro
