Sukacita dimaklumkan bahawa semakan SBP 2025 untuk tawaran permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun 1 SVM sudah boleh dilakukan pada 31 Januari 2025.
Pemilihan dibuat mengikut dasar pengambilan, kemasukan murid yang sedang berkuatkuasa selain diputuskan oleh ahli mesyuarat pemilihan murid.
Baca juga: Senarai Lengkap Kedai MyKasih Setiap Negeri Untuk Guna Bantuan SARA 2025
SEMAKAN SBP TAHUN 2025/2026 PADA 31 JANUARI 2025

Ibu bapa dan pelajar boleh membuat semakan menerusi pautan berikut :
Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/
Tingkatan 4/Tahun 1 SVM: https://spskt4.moe.gov.my/
Murid yang berjaya mendapat tawaran perlu mencetak surat tawaran dan buku tawaran yang disertakan. Buku tawaran tersebut perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak SBP semasa hari pendaftaran.
Sekiranya maklumat dalam buku tawaran tidak lengkap atau tidak benar, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan murid dan menolak pendaftaran tersebut.
Murid perlu mendaftar pada 18 Februari 2025 di SBP yang ditawarkan dan sebarang penangguhan pendaftaran perlulah mendapatkan kelulusan daripada pihak sekolah terlebih dahulu.
Murid hanya akan ditawarkan satu tempat sahaja di mana-mana sekolah khusus yang dipilih semasa permohonan. Tawaran yang diberikan adalah muktamad. Sebarang permohonan untuk bertukar ke SBP lain tidak akan dipertimbangkan.
Permohonan rayuan mula dibuka pada 31 Jan 2025 hingga 18 Februari 2025 menerusi pautan di atas.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Cara Peniaga Enterprise Ambil Gaji Diri Sendiri, Kalau Silap Langkah Boleh Muflis!
Sumber: Kementerian Pendidikan
Kredit imej: Kolej Tunku Kurshiah & SBP Temerloh
