Pengantin baharu terutamanya wanita sudah tentunya ada perasaan takut ketika ingin melakukan seks malam pertama bersama pasangan.
Perasaan takut yang melampau boleh mengakibatkan hubungan seksual tersebut sukar untuk ‘dinikmati’ bersama kerana alat kelamin lelaki tidak menembusi faraj wanita.
Baca juga: Doa Untuk Kaum Wanita Amalkan Agar Rahim Kuat, Barulah Senang Nak ‘Lekat’ Anak
SEKS MALAM PERTAMA SUSAH ‘TEMBUS’, INI SEBABNYA

1. Mengalami vaginismus
Sekiranya seorang wanita itu mengalami masalah ketakutan atau terlalu sukar untuk alat sulit lelaki menembus faraj perempuan, itu mungkin disebabkan oleh masalah vaginismus.
Vaginismus adalah apabila faraj tiba-tiba menjadi terlalu ketat ketika anda cuba memasukkan sesuatu ke dalamnya. Masalah ini lebih kerap berlaku pada wanita lewat remaja hingga awal 30-an.
Gejala utama vaginismus adalah otot faraj mengetat dengan sendiri apabila cuba memasukkan sesuatu ke dalamnya. Ini boleh menyebabkan rasa sakit atau pedih apabila dipaksa.
2. Seks malam pertama – terlalu takut
Terlalu takut atau gugup ketika melakukan seks malam pertama adalah normal. Hal ini kerana itu merupakan pengalaman pertama kali.
Walau bagaimanapun, perasaan takut yang dialami oleh wanita boleh menyebabkan hubungan seksual ‘tertunda’. Ini kerana otot faraj boleh mengetat apabila anda berasa takut dan secara tidak langsung ia mengakibatkan kesukaran untuk menembusi semasa bersetubuh.
3. Wanita tak terangsang
Apabila anda terangsang, saluran darah dalam alat kelamin akan mengembang dan terdapat peningkatan aliran darah ke dinding faraj. Ini menyebabkan cecair keluar dan memudahkan alat sulit lelaki untuk melakukan penembusan.
“Mencapai rangsangan yang mencukupi semasa foreplay adalah perlu agar mudah untuk penembusan dan hubungan tanpa rasa sakit,” kata Profesor P. Ganesa Adaikan.
Ini bermakna, pasangan suami isteri perlu melakukan foreplay terlebih dahulu. Ia bertujuan untuk mengelakkan kekeringan faraj kerana ia boleh mengakitbatkan tidak selesa atau sakit ketika hubungan seksual dilakukan.
4. Seks malam pertama – lelaki mati pucuk
Disfungsi erektil atau mati pucuk adalah keadaan di mana lelaki mengalami masalah sukar eraksi atau mengekalkan ereksi ketika melakukan hubungan seksual.
Masalah yang dialami ini boleh menyebabkan seks malam pertama anda sukar untuk menembusi faraj si isteri.
5. Masalah fizikal
Sekiranya anda tidak mengalami rasa takut dan selesa tetapi masih sukar untuk menembusi, ini bermakna anda menghadapi masalah fizikal.
Jangkitan pada alat kelamin atau sebab lain boleh menyebabkan kesakitan semasa melakukan hubungan seksual. Beberapa masalah fizikal yang dihadap mungkin septum faraj, di mana faraj terbahagi kepada dua ruang oleh dinding daging, menyebabkan halangan dan sakit untuk melakukan penembusan.
Kesakitan yang dialami boleh menjadi salah satu tanda pertama bahawa anda ada masalah serius dengan organ pembiakan wanita.
Kesimpulannya, semua masalah di atas boleh menyebabkan seks malam pertama anda ‘terganggu’. Dapatkan nasihat atau rawatan doktor sekiranya diperlukan.
*Jangan dibiarkan, nanti suami/ister lari!
Baca juga: Bila Guna Alat Cegah Hamil IUD, Kena Jaga-Jaga Dengan 5 Tanda Ini. Bahaya!
Sumber: NHS UK & Singapore Brides
