Euforia Bola 2026
Teknologi

“Semua Kenangan Lesap!”- Pendrive Tiba-Tiba Rosak Selepas Lama Tak Guna, Individu Dedah Sebab Ramai Tak Jangka

pendrive rosak

Ramai antara kita pernah alami situasi pemacu pena atau pendrive rosak secara tiba-tiba walaupun jarang digunakan. Lebih menyedihkan apabila fail penting seperti gambar perkahwinan, dokumen kerja atau kenangan lama tidak lagi boleh dibuka apabila disambungkan ke laptop.

Perkongsian oleh seorang pengguna media sosial, @abe.had di Threads baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila dia menjelaskan secara ringkas kenapa perkara ini boleh berlaku. Rupanya, ada sebab teknikal di sebalik masalah fail tiba-tiba ‘corrupt walaupun pendrive disimpan dengan baik.

Baca juga: Suami ‘Wireman’ Dedah Kenapa Pemanas Air Boleh Bocor Elektrik & Cara Check Sebelum Terkena Renjatan!

SEBAB PENDRIVE ROSAK BOLEH TERJADI SELEPAS LAMA TAK GUNA

pendrive rosak

Gambar hiasan: Gemini AI

Kenapa pendrive boleh rosak walaupun jarang digunakan?

Menurut perkongsian tersebut, masalah ini berkait dengan fenomena yang dikenali sebagai Charge Bleed atau Electron Detrapping. Ia merujuk kepada keadaan di mana data dalam memori pendrive boleh ‘bocor’ secara perlahan-lahan apabila tidak digunakan dalam tempoh yang lama.

Pendrive dan SSD menggunakan teknologi cip NAND Flash untuk menyimpan data. Data disimpan dalam bentuk cas elektrik (elektron) di dalam satu ruang khas yang dipanggil Floating Gate.

Namun, apabila pendrive disimpan terlalu lama tanpa sebarang bekalan elektrik, contohnya dibiarkan dalam laci selama beberapa tahun, cas elektrik tersebut akan mula meresap keluar sedikit demi sedikit.

Apabila jumlah cas elektrik semakin berkurang, sistem komputer akan keliru membaca data. Akibatnya, fail boleh menjadi rosak, warna gambar berubah atau dokumen tidak lagi boleh dibuka.

Baca juga: Salah Tekan Pedal Minyak Boleh Ragut Nyawa… Ketahui Punca, Lokasi ‘Panas’ & Cara Elak Kemalangan!

Kenapa fail tiba-tiba minta format walaupun tak pernah guna?

Antara tanda paling biasa apabila pendrive mengalami masalah ialah mesej ralat seperti:

“You need to format the disk before you can use it.”

Situasi ini biasanya berlaku apabila struktur data dalam memori sudah berubah akibat kehilangan cas elektrik tadi. Dalam bahasa mudah, nombor digital yang asalnya betul boleh ‘tersalah baca’ oleh komputer.

Inilah sebab mengapa fail yang sebelum ini elok tiba-tiba menjadi:

  • Tidak boleh dibuka
  • Hilang sebahagian data
  • Bertukar format
  • Atau terus tidak dapat dikesan

Ramai pengguna menyangka pendrive boleh menyimpan data selama-lamanya, tetapi hakikatnya memori jenis flash tidak direka untuk penyimpanan jangka panjang tanpa penggunaan berkala.

pendrive rosak

Gambar hiasan: Gemini AI

CARA ELAK PEMACU PENA ROSAK DAN DATA HILANG

Cara elak pendrive rosak dan data hilang

Walaupun masalah ini nampak teknikal, sebenarnya ada beberapa langkah mudah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko kehilangan data.

Antara tips yang dikongsikan ialah:

  1. Cucuk pendrive ke komputer sekurang-kurangnya 2–3 kali setahun
  2. Salin semula data penting ke storan lain seperti hard disk atau cloud
  3. Elakkan simpan pendrive terlalu lama tanpa digunakan
  4. Buat salinan sandaran (backup) untuk fail penting
  5. Gunakan lebih daripada satu medium simpanan

Langkah-langkah ini penting terutama bagi mereka yang menyimpan dokumen penting, gambar keluarga atau fail kerja dalam pendrive untuk tempoh lama.

Baca juga: Lelaki Kongsi 13 Prompt Gemini AI Gambar Studio Raya & ‘Photo Booth’, Lawa Sampai Rambang Mata!

Perkongsian ini turut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang mengakui pernah mengalami situasi sama tanpa mengetahui puncanya.

Ada yang menyangka pendrive rosak disebabkan kualiti produk, sedangkan sebenarnya faktor utama ialah tempoh penyimpanan tanpa penggunaan. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman kehilangan gambar kenangan kerana fail menjadi corrupt selepas bertahun-tahun disimpan.

Kesimpulannya, pendrive memang berguna untuk pemindahan data, tetapi ia bukan medium terbaik untuk simpanan jangka panjang tanpa penyelenggaraan. Membuat salinan sandaran secara berkala adalah langkah paling selamat untuk melindungi data penting anda.

Sumber: Threads @abe.had

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×