Euforia Bola 2026
Sihat

Masak Penat-Penat Tapi Tak Lapar, Pelik Kan? Rupanya Otak Dah ‘Makan’ Dulu, Ini Sains Disebaliknya

kurang selera

Pernah tak anda perasan, lagi sedap masakan yang disediakan, kadang-kadang kita sendiri pula kurang selera untuk makan?

Situasi ini sebenarnya sangat biasa berlaku, terutama kepada individu yang kerap memasak di rumah, termasuk ibu bapa yang menyediakan hidangan untuk keluarga setiap hari.

Baca juga: Tak Sangka Gula Merah Jadi Penyelamat! Wanita Lega Batuk Teruk, Kahak Keluar Lepas Kemam Perlahan

SEBAB SEBENAR SELALU KURANG SELERA MAKAN LEPAS MEMASAK

kurang selera

Gambar hiasan: Gemini AI

Ada yang sampai rasa kenyang walaupun belum menjamah makanan. Malah, ada juga yang hanya makan sedikit selepas penat memasak. Perkara ini bukan sekadar kebetulan, sebaliknya ada penjelasan dari sudut sains dan psikologi.

Perkongsian oleh penceramah kesihatan mental, Amirul Ramli di Facebook baru-baru ini membantu menjelaskan fenomena tersebut dengan cara yang mudah difahami.

Otak sebenarnya ‘makan’ dulu melalui bau makanan

Menurut Amirul, ketika seseorang memasak, otak sebenarnya sudah mula ‘merasai’ makanan melalui bau yang dihidu sepanjang proses penyediaan.

Bau makanan tersebut masuk melalui laluan yang dikenali sebagai retronasal iaitu laluan dari tekak ke hidung, sebelum mengaktifkan bahagian otak yang dipanggil insula sebagai kawasan yang bertanggungjawab terhadap deria rasa.

Keadaan ini menyebabkan otak menerima rangsangan seolah-olah kita sudah makan, walaupun hakikatnya belum menjamah makanan secara fizikal.

Apabila makanan siap dimasak, otak mungkin sudah ‘puas’ dengan rangsangan bau yang diterima berkali-kali, lalu menyebabkan selera makan menjadi berkurang secara semula jadi.

Dalam masa sama, faktor fizikal seperti saiz badan juga dikatakan boleh mempengaruhi tahap sensitiviti terhadap bau makanan. Individu yang bertubuh kurus, misalnya, mungkin lebih sensitif terhadap bau dan rangsangan tersebut.

Baca juga: Wanita Kongsi Pengalaman Masuk Dewan Bedah, Rupanya Ada ‘Tudung OT’ Untuk Jaga Aurat Pesakit!

kurang selera

Bukan sekadar makanan, otak juga pengaruhi emosi dan tenaga

Dalam perkongsian sama, Amirul turut menekankan bahawa banyak perkara dalam kehidupan sebenarnya dipengaruhi oleh persepsi otak, bukan semata-mata keadaan sebenar yang berlaku.

Sebagai contoh, seseorang mungkin belum benar-benar penat, tetapi otak sudah memberi isyarat keletihan, menyebabkan individu tersebut cepat berasa letih atau hilang motivasi untuk meneruskan sesuatu tugas.

Begitu juga dalam kehidupan seharian, ada kalanya seseorang merasakan hidup terlalu berat atau sukar, walaupun situasi sebenar masih terkawal.

Kesimpulannya, memahami cara otak berfungsi dapat membantu kita lebih peka terhadap keadaan diri sendiri, termasuk mengurus selera makan, tenaga dan emosi dengan lebih baik.

Baca juga: Elak Panik & ‘Mabuk’ Di Lebuh Raya, Sediakan 8 Kit Ubat Ini Sebelum Bertolak Pulang Ke Kampung!

Sumber: Facebook Amirul Ramli

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×