Sayur bendi goreng rangup merupakan hidangan ringan yang semakin digemari ramai kerana teksturnya yang garing dan tidak serap minyak.
Resepi ini sangat mudah disediakan dan sesuai dijadikan snek mahupun lauk sampingan untuk hidangan harian. Berikut merupakan panduan lengkap untuk menghasilkan bendi goreng tepung.
Baca juga: Pelanggan Kecam Beli ‘Candy Grape’ Kelantan, Dalam Iklan Terliur Habis Tapi Realiti Macam Kedondong!
CARA BUAT SAYUR BENDI GORENG RANGUP TAK SERAP MINYAK

Bahan-bahan sayur bendi goreng:
- 3 sudu besar tepung Bestari
- 1 sudu besar tepung gandum
- ½ sudu besar tepung jagung
- Sedikit garam dan perasa secukupnya
- Air secukupnya
- Bendi secukupnya (dibelah dua)
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara penyediaan:
1. Campurkan tepung Bestari, tepung gandum dan tepung jagung ke dalam satu bekas. Tambahkan sedikit garam dan perasa secukupnya.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu cair serta tidak terlalu pekat.
3. Cuci bendi hingga bersih dan potong dua secara memanjang. Sesetengah orang membuang bijinya bagi mendapatkan hasil yang lebih rangup, namun ia bergantung kepada cita rasa masing-masing. Resepi ini menggunakan bendi tanpa dibuang bijinya dan hasilnya tetap rangup.
4. Masukkan potongan bendi ke dalam bancuhan tepung dan pastikan semua bahagian bendi disalut rata. Biarkan seketika supaya tepung melekat sempurna pada permukaannya.
5. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Setelah minyak cukup panas, masukkan bendi satu persatu supaya tidak melekat antara satu sama lain. Goreng hingga berwarna kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak.

Tip tambahan:
– Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng untuk memastikan hasil gorengan lebih rangup.
– Elakkan menggoreng terlalu banyak dalam satu masa bagi memastikan bendi masak sekata.
– Untuk hasil yang lebih garing, boleh goreng dua kali (double fry) dengan jarak masa beberapa minit antara gorengan pertama dan kedua.
Bendi goreng rangup ini sesuai dinikmati begitu sahaja sebagai kudapan petang atau dijadikan lauk tambahan bersama nasi panas dan sambal belacan.
Selamat mencuba!
Baca juga: Awas! Jangan Terbalikkan Tong Gas Macam Ini, Silap Langkah Boleh Jadi Tragedi Di Dapur
Sumber: Facebook
