Bedak talkum satu ketika dahulu dianggap lambang kasih sayang ibu bapa kepada bayi mereka. Rutin menyapu bedak di punggung, lipatan paha dan bahkan kawasan kemaluan bayi dilakukan demi mengelak melecet, ruam dan untuk memastikan bayi sentiasa berbau harum.
Namun, amalan yang dulunya dianggap biasa itu kini dilihat sebagai sesuatu yang berisiko terhadap kesihatan, menurut perkongsian terbaru Public Health Malaysia (PHM).
Baca juga: Ibu Ini Kongsi 9 Idea Goodies Yang Sihat, Kreatif & Murah, Sesuai Untuk ‘Birthday’ Anak
KESAN SAPU BEDAK TALKUM DI KEMALUAN BAYI

Talkum ialah mineral semula jadi yang terdiri daripada magnesium, silikon dan oksigen. Dalam bentuk serbuk, ia menyerap kelembapan dan mengurangkan geseran, menjadikannya bahan utama dalam banyak produk bedak bayi dan kosmetik.
Tetapi masalah bermula apabila partikel halus talkum digunakan secara kerap di kawasan genital. Bahan ini berkemungkinan besar memasuki tubuh melalui faraj, menuju ke ovari dan boleh menyebabkan keradangan kronik yang dikaitkan dengan risiko pertumbuhan sel kanser ovari.
Tapi bukankah kajian masih belum kukuh?
Betul. Kajian saintifik tentang kaitan antara talkum dan kanser masih bercampur:
- Kajian retrospektif (kajian ke atas pesakit yang telah didiagnos) menunjukkan peningkatan risiko kanser ovari sebanyak 20–30%.
- Namun kajian prospektif (yang meneliti kumpulan besar individu dari awal) tidak dapat mengesahkan kaitan tersebut secara konsisten.
Disebabkan keraguan saintifik ini, International Agency for Research on Cancer (IARC) mengklasifikasikan penggunaan talkum di kawasan kemaluan sebagai “possibly carcinogenic to humans” (Kumpulan 2B), iaitu mungkin menyebabkan kanser kepada manusia.
Baca juga: Anak Tak Mengamuk Bila Telefon Diambil? Awas, Mungkin Dia Dah Ketagih Gajet Dalam Senyap!
Apa yang kita boleh pelajari hari ini
Kita tidak perlu menyalahkan ibu bapa kita dahulu. Ilmu sains perubatan sentiasa berkembang. Apa yang dianggap selamat suatu ketika dahulu, mungkin terbukti berisiko pada hari ini.
“Sapu bedak di kemaluan bayi amalan dulu, bahaya hari ini,” Public Health Malaysia.
Oleh itu, elakkan penggunaan bedak talkum di kawasan kemaluan, terutamanya bagi bayi dan wanita. Pilih alternatif yang lebih selamat dan mesra kulit.
Sekiranya anda mengenali ibu muda, pengasuh atau ahli keluarga yang masih mengamalkan penggunaan bedak talkum di kawasan sulit, ambil masa untuk berkongsi info ini. Kesedaran kecil hari ini mampu mencegah risiko besar pada masa depan.
Jadikan ilmu kesihatan awam sebagai panduan harian dan sentiasa peka terhadap saranan daripada pakar. Kerana kadangkala, kasih sayang tidak semestinya datang dalam bentuk bedak wangi tetapi dalam bentuk ilmu dan perlindungan yang betul.
Baca juga: Doktor Dedah Bahan Xenoestrogen Dalam Produk Harian, Punca Kanak-Kanak BALIGH AWAL!
Sumber: Public Health Malaysia (PHM)
FT Image: AI
