Euforia Bola 2026
Famili

Bila Ambisi & Kuasa Bertemu, ‘Santau Perempuan Terlarang’ Jadi Kenyataan Hanya Di Tonton!

santau perempuan terlarang

Kalau anda peminat drama seram thriller, Santau Perempuan Terlarang wajib ditonton! Siri terbaru Tonton ini membawa penonton menyelami dunia gelap obsesi, kuasa tersembunyi dan rahsia yang sanggup menguji hati, prinsip dan maruah setiap watak.

Drama ini mula disiarkan pada 18 Disember 2025 dan ditayangkan setiap Isnin dan Khamis dengan satu episod berdurasi satu jam, eksklusif di Tonton.

Baca juga: TV TUISYEN Revolusi Pembelajaran Digital Kini Dilancarkan Di Tonton! “Belajar di Tonton, Bijak Sampai Lulus!”

SANTAU PEREMPUAN TERLARANG DRAMA PALING BERANI TAHUN INI!

santau perempuan terlarang

Penonton bakal dibawa menyelami kehidupan Iqbal (Nabil Aqil), seorang pelakon yang bertahun-tahun berjuang dalam industri namun sering dipandang sepi. Watak utama yang diimpikan terus jatuh ke tangan Ako Danial (Fadlan Hazim), pelakon sensasi yang sering menjadi rebutan ramai.

Dalam masa yang sama, hubungan Iqbal dengan tunangnya, Maria (Hanna Aqeela), semakin renggang akibat tekanan hidup dan kerjaya yang tidak menentu.

Ketika itu, rakannya Maman (Amin Iman) mencadangkan agar Iqbal bertemu Sapora (Emma Maembong), seorang wanita yang dikatakan mampu “membersihkan aura” menerusi rawatan tradisionalnya.

Sapora digambarkan sebagai figura misteri, cantik, lemah lembut, namun penuh kuasa yang perlahan-lahan mengubah hidup Iqbal.

Baca juga: REV Media Group Lengkapkan Pemerolehan 100% The Vocket, Tanda Era Baru Media Digital Malaysia

Emma Maembong berkongsi pengalamannya memegang watak Sapora,

Saya sudah lama tidak kembali ke genre mistik, jadi watak ini membuka ruang untuk saya meneroka sisi psikologi yang kompleks. Sapora bukan sahaja simbol wanita misteri, tetapi juga obsesi dan kuasa.

“Memainkan karakter ini menuntut saya mengawal emosi dengan halus, termasuk unsur sensual dan trauma.”

Naskhah ini juga menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Fadlan Hazim, Amin Iman dan Hanna Aqeela yang membawa dimensi dramatik dan ketegangan sepanjang siri ini.

Penonton akan melihat sejauh mana seseorang sanggup menggadaikan prinsip demi sesuatu yang sukar dicapai, sambil mengungkap rahsia tersembunyi di sebalik dunia glamor industri hiburan.

Dengan gabungan elemen seram, thriller dan psikologi, Santau Perempuan Terlarang diharap menjadi drama paling berani tahun ini yang tidak hanya menghiburkan, malah membuka mata penonton terhadap sisi gelap ambisi dan obsesi manusia.

Jangan lepaskan peluang menonton Santau Perempuan Terlarang, eksklusif di Tonton mulai 18 Disember 2025. Untuk maklumat lanjut tentang rancangan dan episod akan datang, ikuti Tonton di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram di @tontonmy.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×