Kalau sebut sahaja sambal tempoyak ikan bilis, pasti ramai dah terbayang rasa masam pedas yang membuka selera. Bila digabungkan pula dengan petai segar, aromanya sudah cukup membuatkan perut berkeroncong.
Sambal tempoyak ikan bilis petai ini sangat sesuai dimakan bersama nasi putih panas, ulam-ulaman atau dijadikan hidangan utama di meja makan.
Baca juga: Cara Buat Barli Rebus Lebih Tahan Lama Dalam Bekas, Minum Setiap Hari Untuk Kesihatan Diri!
RESEPI SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI, LAUK KAMPUNG PALING SEDAP

Jom cuba buat sendiri sambal tempoyak ikan bilis petai seperti perkongsian di bawah ini.
Bahan-bahan sambal tempoyak ikan bilis petai:
- Cili api
- Ikan bilis
- 1 biji bawang besar
- 1 inci kunyit hidup
- 2 batang serai
- 1 senduk tempoyak
- Petai
- Hirisan daun kunyit
- Asam keping
- Garam
Cara-cara penyediaan:
1. Kisar cili padi, bawang besar dan kunyit hidup hingga halus.
2. Kemudian, tumiskan bahan kisar dan serai sampai wangi serta garing.
3. Masukkan tempoyak, masak sampai pecah minyak.
4. Masukkan sedikit air dan asam keping, masak lagi sampai terbit minyak sekali lagi.
5. Masukkan pula petai dan daun kunyit.
6. Masukkan garam, gula, perasa makanan secukupnya.
7. Akhir sekali, masuk ikan bilis. Kacau-kacau dan siap.
Sambal tempoyak ikan bilis petai ini sesuai dihidangkan bersama nasi putih dan ulam-ulaman. Pasti bertambah-tambah bila makan!
Baca juga: Cara Masak Nasi Lemak Lembut Berderai, Elok Kejadiannya Kalau Ikut Tips Ini!
Sumber: Facebook Khalif Khlif
