Euforia Bola 2026
Dapur

Resipi Sambal Belacan Kampung Paling Sedap Di Dunia, Buat Selera Anda Tak Berhenti Makan!

sambal belacan

Sambal belacan memang tidak asing dalam hidangan masyarakat kita. Baik dimakan bersama nasi panas, ikan goreng mahupun ulam, ia menjadi pelengkap rasa yang tiada tandingan.

Namun, seorang pengguna Facebook, Yayar B. Awang Noh, telah berkongsi resipi yang dikatakan sebagai sambal belacan paling sedap di dunia sehingga mencuri perhatian ramai.

Baca juga: Resipi Kari Ikan Jenahak Kuah Pekat & Wangi, Rupanya Kena 5 Kali Pecah Minyak Baru Sedap Kaw Kaw!

RESIPI SAMBAL BELACAN TERSEDAP DI DUNIA

sambal belacan

Gambar Yayar B. Awang Noh.

“Nak buat sambal belacan yang tersedap di dunia? Mari ikut resipi Yayar.

“Ada yang panggil sambal belacan, ada yang panggil sambal ayam penyet, apa-apa sajalah yang penting sedap sangat,” kongsi Yayar di hantaran Facebooknya.

Untuk menghasilkan sambal belacan istimewa ini, bahan-bahannya mudah didapati di dapur.

Bahan-bahan:

  • Segengam cili api
  • Segengam cili besar
  • 1 labu bawang besar
  • Ulas bawang putih
  • Seketul belacan
  • 1 biji tomato

Cara penyediaan:

  1. Goreng dalam kuali dengam minyak sedikit.
  2. Jangan lupa tutup dengan penutup kuali sbb cili digoreng akan meletup.
  3. Goreng sehingga agak lembik dan garing.
  4. Angkat dan masukkan dalam lesung batu.
  5. Tambahkan perisa iaitu garam dan gula, kemudian tumbuk perlahan-lahan.

Dah siap! Hasilnya, sambal belacan pekat, harum dan pedas yang mampu membangkitkan selera. Serius sumpah sedap sangat.

Baca juga: 6 Pantang Larang Mengail Udang Galah Perlu Kaki Pancing Tahu, Elak Dapat Masalah Dengan ‘Sang Bedal’

sambal belacan

Gambar Yayar B. Awang Noh.

Perkongsian itu segera mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya. Ada yang memuji kelazatan sambal tersebut, ada juga yang berkongsi tip tambahan.

“Sedapnya! Yayar sambal yang tersedap guna lesung batu, ulam petai, ikan rebus, budu.

“Padu Yar, terima kasih kongsi resipi.

“Terima kasih tuan. Saya bab sambal belacan ini memang tewas, walaupun ada resdung. Ilmu bermanfaat.

“Wahhh sedap! boleh buat menjilat jari.

“Tips tak mahu bagi cili meletup boleh potong sikit atau belah dua cili itu, Yayar,” antara komen yang ditinggalkan mereka.

Baca juga: Resipi Cendol Anti Gagal Hanya Guna Piping Bag Saja Hasilnya Tak Mudah Patah, Memang Puas Hati Bila Cuba!

Sumber: Yayar B. Awang Noh

FT Image: Yayar B. Awang Noh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×