“Sakitnya kepala aku ni..orang cakap kalau sakit kepala minum air je dah sembuh?”
Peritnya rasa apabila mengalami sakit kepala secara tiba-tiba. Nak makan pun tak lalu, nak buat kerja pun tak larat dan nak bercakap dengan orang pun hilang ‘mood’. Hal ini kerana, anda mungkin kekurangan kandungan air dalam badan dan berhadapan dengan beberapa jenis sakit kepala, antaranya, migraine, sinus headache dan tension headache.
Jadi, penting untuk anda tahu bahawa dengan minum air yang cukup, anda sebenarnya boleh rawat masalah sakit kepala ini dengan sendiri!
Baca juga: Rasa Macam Nak Mati Bila Di Tempat Sempit, Rupanya Claustrophobia Sejenis Penyakit Mental
HILANGKAN SAKIT KEPALA MINUM AIR DENGAN CUKUP, BERKESAN!

Berikut merupakan beberapa jenis sakit kepala yang anda mungkin alami:
1.Tension headache – Sakit kepala jenis ketegangan (TTH) secara amnya adalah sakit ringan hingga sederhana yang sering digambarkan sebagai rasa seperti tali ketat di sekeliling kepala.
2.Migraine– Sakit kepala yang boleh menyebabkan sakit berdenyut teruk atau sensasi berdenyut, biasanya pada sebelah kepala.
3.Cluster headache– Sakit kepala berkelompok atau kluster biasanya menyedarkan anda pada tengah malam dengan rasa sakit yang teruk di dalam atau di sekitar sebelah mata di sebelah kepala anda.
4.Post-traumatic headache – sakit kepala selepas trauma ditakrifkan sebagai sakit kepala sekunder yang timbul dalam masa tujuh hari selepas trauma atau kecederaan, atau dalam masa tujuh hari selepas kesedaran pulih, atau dalam masa tujuh hari selepas pulih.
5.Medication overuse– Sakit kepala yang berlebihan menggunakan ubat — juga dikenali sebagai sakit kepala rebound — disebabkan oleh penggunaan ubat jangka panjang untuk merawat sakit kepala seperti migrain.
6.Sinus headache – Sakit kepala sinus adalah sakit kepala yang mungkin terasa seperti jangkitan pada sinus (sinusitis). Anda mungkin merasakan tekanan di sekeliling mata, pipi dan dahi.
YA MINUM AIR BOLEH KURANGKAN SAKIT KEPALA

Ramai yang mengatakan bahawa mereka akan kerap sakit kepala apabila kurang minum air dan tertanya-tanya adakah kandungan air yang cukup boleh mengurangkan sakit kepala. Ya, minum air boleh membantu mengurangkan sakit kepala.
Menurut perkongsian Twitter dari pakar diet Dilla.Nur, dehidrasi adalah punca biasa sakit kepala, dan air minuman boleh membantu mengurangkan masalah ini. Apabila mengalami dehidrasi, tisu di otak kita boleh mengecut dan terkeluar dari tengkorak, yang membawa kepada kesakitan dan ketidakselesaan.
Minum air boleh membantu meningkatkan aliran darah dan oksigen ke otak, yang boleh mengurangkan gejala sakit kepala.
Selain itu, air minuman boleh membantu membuang toksin dan mengurangkan keradangan, yang juga boleh menyumbang kepada melegakan sakit kepala.
Tetapi penting untuk ambil perhatian bahawa sesetengah sakit kepala mungkin mempunyai punca lain dan mungkin tidak dapat diatasi dengan hanya meminum air, tetapi meningkatkan pengambilan air adalah cara yang mudah untuk membantu mencegah dan mengurangkan beberapa jenis sakit kepala.
*Jadi, kalau selepas ini anda kerap sakit kepala ketahuilah bahawa badan anda kekurangan air. Bila kekurangan air dan sakit kepala, muka pun masam sahaja seharian bukan?
Sumber: Twitter @dilla.nur
