Isu saf jemaah wanita yang sering terputus bukanlah perkara baru. Setiap kali solat berjemaah, kita dapat lihat jurang antara jemaah yang menyebabkan saf tidak tersusun rapi.
Sama ada kerana rasa segan, kurang kesedaran, atau kebiasaan, masalah ini terus berulang. Sedangkan, merapatkan saf adalah sebahagian daripada kesempurnaan solat.
Baca juga: Terkejut Dengar Berita Kematian Sehingga Meraung Tanpa Sedar, Dalam Islam Dibenarkan Atau Tak?
SAF JEMAAH WANITA SUKA TERPUTUS, PENDAKWAH PESAN SOLAT DI RUMAH

Perkara ini turut mendapat perhatian pendakwah bebas dikenali sebagai Shahrizan Daud At Turabi yang menyarankan agar para wanita solat di rumah.
“Saya kerap kali diadukan perihal karenah wanita dalam masjid dan surau oleh jemaah wanita sendiri. Antaranya isu merapatkan saf.
Jawapan saya mudah, jika inilah keadaannya, maka kerana itulah wanita tidak digalakkan ke masjid dan surau dan sebaiknya solat di rumah.” jelasnya.
Sabda Rasulullah SAW:
لتسون صفوفكم أو ليخالفن الله بين وجوهكم” متفق عليه
Luruskan saf-saf kamu ataupun Allah SWT akan memecah belahkan wajah-wajah diantara kamu (Muttafaqun Alaih)
ألا تصفون كما تصف الملائكة عند ربها، قلنا: كيف تصف الملائكة عند ربها؟ فقال يتمون الأول ويتراصون في الصف” رواه مسلم وغيره
Adakah kamu tahu bagaimana lurusnya saf-saf para malaikat di sisi TuhanNya?
Kami bertanya: Bagaimana lurusnya saf-saf para malaikat di sisi TuhanNya?
Rasulullah menjawab: Mereka akan menyempurnakan ( memenuhkan) saf-saf yang awal dan kemudian menyatukan di dalam saf. ( HR Muslim)
Menerusi laman sesawang rasmi milik Mufti Wilayah Persekutuan, sebaik-baik saf bagi wanita adalah di bahagian paling belakang sekiranya tiada pemisah antara jemaah lelaki dan wanita.
Namun jika terdapat pemisah antara jemaah lelaki dan wanita, maka keutamaan saf wanita adalah di bahagian paling hadapan. Begitu juga jika wanita solat berjemaah dengan kumpulan wanita sahaja, maka saf hadapan adalah lebih utama.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Hidup Lebih Bermakna Bila Tahu ‘Rahsia’ Di Sebalik Satu Jam Selepas Subuh, Jom Amalkan!
