Euforia Bola 2026
Didik

RUU Pekerja Gig: Rider, Pemandu E-Hailing, Dilindungi Dulu, Bayar Kemudian

RUU Pekerja Gig

Apabila rider mengalami kemalangan jalan raya, lutut luka, motor terseret. Pesanan tak sampai, rider hilang pendapatan. Siapa yang bertanggung jawab ke atas mereka?

Selama ini, semuanya bergantung pada caruman PERKESO. Kalau buat bayaran, ada perlindungan. Kalau tidak, nasib pekerja gig terbiar begitu sahaja.

Rawatan sendiri, kos sendiri, nasib sendiri. Inilah realiti kehidupan seorang rider atau pemandu e-hailing.

Perubahan yang ditunggu

Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 cuba hentikan semua ini. Buat pertama kali, pekerja gig dilindungi walaupun caruman belum dibayar.

RUU Pekerja Gig

Kredit: https://amanz.my/

Mekanismenya mudah. Jika berlaku kemalangan ketika bekerja, rider atau pemandu e-hailing tetap boleh membuat tuntutan. Perlindungan terus berjalan. Caruman pula ditolak secara automatik sebaik sahaja upah/gaji masuk ke dalam akaun bank mereka.

Prinsip baharu ini mudah: lindung dulu, bayar kemudian.

Apa yang berbeza?

Sebelum ini, jika caruman tidak dibayar atau tertunggak, bermakna tiada perlindungan. Kini tidak lagi. Semua dilindungi!

  • Tiada pekerja gig tercicir.
  • Tuntutan boleh dibuat serta-merta.
  • Caruman berjalan automatik

Semuanya direka untuk memastikan pekerja gig tidak lagi ditinggalkan terkapai-kapai tanpa perlindungan.

RUU pekerja Gig lebih daripada sekadar pampasan

Bagi rider penghantar makanan, pemandu e-hailing, atau freelancer digital, langkah ini lebih daripada soal bayaran. Ia soal pengiktirafan pekerjaan pekerja gig. Ini membuktikan bahwa mereka merupakan golongan penting yang berhak selamat, sama seperti pekerja lain.

Dengan mekanisme ini, Malaysia menghantar mesej jelas. Status “gig” bukan alasan untuk dinafikan hak keselamatan sosial.

Pekerjaan gig bukan mudah. Panas, hujan, jalan sesak, risiko sentiasa ada. Sekurang-kurangnya kini, jika sesuatu berlaku, mereka tidak lagi dibiarkan sendirian.

RUU Pekerja Gig

Lindung dulu, bayaran kemudian!

#PERKESOLINDUNGSemua#iLINDUNGu#pekerjagig

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×