Rutin bangun pagi seseorang sebenarnya boleh mempengaruhi tahap fokus, emosi dan produktiviti sepanjang hari kerana amai memulakan hari dengan mencapai telefon.
Sama ada untuk menyemak mesej, media sosial atau berita terkini, tabiat yang kelihatan biasa ini rupa-rupanya boleh memberi kesan kepada cara otak berfungsi.
Baca juga: Jangan Terkejut! 5 Perkara Orang Malaysia Selalu Buat Ini Sebenarnya Boleh Langgar Undang-Undang
RUTIN BANGUN PAGI TERUS CAPAI TELEFON, KAJIAN DEDAH APA BERLAKU PADA OTAK

Kredit: Gemini AI
Menurut pakar psikologi dan neurosains, keadaan ini boleh menyebabkan otak menjadi lebih mudah terganggu dan sukar mengekalkan fokus untuk tugas yang lebih penting sepanjang hari.
1. Lonjakan Dopamin yang tak disedari
Media sosial dan aplikasi telefon direka untuk menarik perhatian pengguna melalui sistem ganjaran yang menghasilkan dopamin, iaitu bahan kimia dalam otak yang berkait dengan rasa seronok dan kepuasan.
Apabila seseorang terus membuka telefon pada waktu pagi, otak menerima rangsangan dopamin seawal hari bermula. Akibatnya, aktiviti harian yang memerlukan fokus seperti bekerja, belajar atau mengurus rumah tangga mungkin terasa kurang menarik berbanding melayari media sosial.
2. Tingkatkan tahap tekanan sejak awal pagi
Membaca e-mel kerja, berita negatif atau mesej yang memerlukan tindakan segera boleh mencetuskan hormon stres seperti kortisol.
Pakar menjelaskan bahawa paras kortisol secara semula jadi memang meningkat pada waktu pagi bagi membantu tubuh menjadi lebih berjaga-jaga.
Namun, pendedahan kepada maklumat yang menimbulkan tekanan sebaik sahaja bangun tidur boleh menyebabkan seseorang berasa cemas atau tertekan lebih awal daripada sepatutnya.

3. Jejaskan fokus dan produktiviti
Kajian menunjukkan bahawa gangguan digital pada awal pagi boleh menyebabkan perhatian seseorang menjadi lebih mudah beralih daripada satu perkara ke perkara lain.
Apabila otak sudah terbiasa menerima maklumat secara pantas melalui telefon, ia mungkin menjadi lebih sukar untuk menumpukan perhatian kepada tugasan yang memerlukan fokus mendalam.
Sebab itulah ramai pakar produktiviti menyarankan agar individu memberi ruang kepada otak untuk “bangun” secara semula jadi sebelum terdedah kepada dunia digital.
4. Jejaskan kesihatan mental
Sesetengah individu memulakan hari dengan membandingkan kehidupan mereka dengan apa yang dilihat di media sosial.
Melihat pencapaian, percutian atau gaya hidup orang lain sebaik sahaja bangun tidur boleh mencetuskan perasaan tidak puas hati, rendah diri atau kebimbangan tanpa disedari.
Walaupun kesannya mungkin berbeza bagi setiap individu, pendedahan berlebihan kepada media sosial dikaitkan dengan peningkatan risiko tekanan emosi dan kebimbangan.
Pakar mencadangkan agar seseorang menangguhkan penggunaan telefon sekurang-kurangnya 15 hingga 30 minit selepas bangun tidur.
Baca juga: “Bukan Sekadar Cepat Marah”– AADK Jelaskan Maksud Sebenar Keadaan ‘Kacip’ Yang Ramai Salah Faham
Sumber: MiBlueDaily
