Siapa sangka, mesin pengering baju menjadi punca dan detik paling trauma dalam hidup kerana berlaku kebakaran yang begitu pantas.
Difahamkan, mesin pengering baju itu mengalami masalah overheating, dipercayai akibat penggunaan berterusan dan pengumpulan habuk yang tidak dibersihkan.
Baca juga: Jangan Rasa Rendah Diri, 5 Bidang Kerjaya Ini Sesuai Untuk OKU & Ramai Majikan Cari
MESIN PENGERING BAJU PUNCA RUMAH HANGUS ‘DIJILAT’

Freepik
Dalam satu perkongsian yang tular di media sosial, seorang individu berkongsi pengalaman berdepan dengan kebakaran rumah berpunca daripada mesin pengering (dryer) yang dibiarkan tanpa pengawasan. Api marak dengan pantas dan hanya Allah sahaja yang tahu betapa getirnya saat itu.
“Kebakaran yang paling ngeri. Betapa getirnya saat itu hanya Allah yang tahu, kebakaran berpunca dari overheating dryer. Jadi pengajarannya, jangan tinggal dryer hidup tanpa pengawasan. Malang tidak berbau,” tulisnya.
Lebih membimbangkan, ketika kejadian berlaku, dryer ditinggalkan dalam keadaan ‘on’ tanpa pengawasan, menyebabkan api merebak tanpa disedari sehingga membakar sebahagian ruang rumah.
Difahamkan, ahli keluarga wanita berkenaan berada di rumah ketika kejadian berlaku. Namun, tiada kecederaan serius dilaporkan kecuali sedikit melecur akibat percikan api yang telah diberikan rawatan awal oleh pihak bomba.
Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai, terutamanya dalam kalangan pengguna dryer di rumah. Ramai yang meluahkan rasa bimbang dan dalam masa sama, berkongsi beberapa tip keselamatan yang boleh diamalkan.
Perkongsian @efa.taifor turut membuka ruang kepada ramai pengguna TikTok lain untuk berkongsi pengalaman mereka sendiri berdepan situasi hampir serupa.
Rata-rata mengakui mereka juga pernah mengalami insiden kecil melibatkan dryer, tetapi bernasib baik kerana sempat mengawal keadaan.
“Saya pun pernah! Nasib baik perasan bau hangit awal, rupanya lint tersumbat. Sejak itu, saya memang bersihkan filter setiap kali lepas guna,” komen mereka.
Baca juga: Tempurung Kepala Retak & Pendarahan Akibat Ditolak Rakan, “Mohon Doakan Anak Saya…”
Sumber: TikTok
