Kawasan rumah selalu bocor sering menjadi masalah dan ia sudah tentunya merungsingkan. Kerosakan seperti ini biasanya disebabkan atap, dinding yang retak dan saluran air tersembut.
Antara kawasan rumah selalu bocor adalah seperti perkongsian di bawah ini dan penyelenggaraan berkala diperlukan untuk memastikan ia selamat.
Baca juga: Cara Kilatkan Kuali Terlajak Bersinar Guna 1 Bahan Ini, Tak Payah Bazir Beli Baru
7 KAWASAN RUMAH SELALU BOCOR, JAGA-JAGA

1. Kawasan rumah lama
Antara faktor rumah selalu bocor adalah kawasan kediaman yang sudah lama. Jika anda ingin membeli rumah lama, kebocoran tidak dijangka boleh berlaku bila-bila masa.
Perlu diingatkan bahawa rumah yang sudah lama mungkin ada dilakukan pengubahsuaian daripada pemilik yang berbeza.
2. Rumah selalu bocor – dapur
Kawasan rumah yang sering bocor adalah tandas kerana terdapat sumber air di sini. Jika anda tinggal di rumah apartment, siling dapur biasanya akan berlaku kebocoran kerana ruangan dapur milik unit kediaman di atas anda berada betul-betul di atas ruang dapur anda.
Peralatan seperti penapis air dan mesin pembasuh kadangkala juga boleh menyebabkan kebocoran di kawasan dapur terutamanya di bawah singki.
3. Kawasan mesin basuh
Kawasan rumah selalu bocor yang selanjutnya adalah di sekitar mesin basuh kerana terdapat paip yang dipasang dan saluran keluar air untuk mesin basuh.
Sambungan ini mudah menyebabkan kebocoran jika tidak dipasang dengan betul dan air juga akan bertakung di sekitar kawasan tersebut. Sekiranya dibiarkan, ia akan berlaku kerosakan akibat kebocoran tersebut.
4. Penghawa dingin
Penghawa dingin yang dipasang dengan cara salah boleh mengakibatkan kebocoran. Ini akan membuat dinding atau siling anda mempunyai kesan tompokan air.
Lama-kelamaan, kawasan yang sering terdedah kepada air mula rosak dan menyebabkan kerugian kerana perlu membaikinya.
5. Rumah selalu bocor – tandas
Seterusnya, tandas juga merupakan kawasan rumah selalu bocor kerana kepala pancuran mandian dan faucet tidak dipasang dengan betul atau rosak.
Kebiasaannya ia boleh diperbaiki dengan mengetatkan beberapa sambungan namun kadangkala kebocoran ini berlaku pada bahagian grout, maka anda mungkin perlu melakukan kerja menampal.
6. Siling
Siling adalah kawasan rumah selalu bocor dan ia sangat ‘menyakitkan’ mata kerana kebocoran itu jelas kelihatan. Tompokan coklat di siling disebabkan kebocoran sumber air yang tidak diselenggara dengan betul.
7. Bilik tidur
Akhir sekali, kawasan rumah selalu bocor adalah di bilik tidur terutamanya bilik ‘master’ kerana mempunyai bilik mandi tersendiri. Walaupun kebocoran itu di dalam bilik air namun ia tetap akan menjejaskan bilik tidur anda.
Jadi, anda perlu sentiasa memastikan tujuh kawasan rumah selalu bocor ini dalam keadaan baik. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Tak Sangka Ada Banyak Kegunaan Cuka Untuk Pakaian, Baju Pun Lebih Mudah ‘Iron’!
Sumber: iproperty
