Menerusi perkongsian di media sosial, seorang wanita meluahkan keadaan rumah mentua kotor sehingga membuatkan dia tidak sanggup untuk bermalam di sana.
Menurut wanita itu, keadaan rumah mentua kotor dan tidak selesa itu membuatkan dia sudah lama tidak bermalam di sana. Katanya juga, membuang air kecil dan besar juga menjadi rumit kerana geli untuk menggunakan tandas mereka.
Baca juga: Ibu Dedah Pengasuh Suka Bagi Anak 2 Bulan Tengok TV, Buntu Cara Nak Tegur Takut Terasa!
RUMAH MENTUA KOTOR, MENANTU GELI NAK BALIK

Sekadar gambar hiasan
Keadaan ini sudah pastinya membuatkan dia buntu dan memohon pendapat warganet cara yang terbaik untuk memberitahu keluarga mentua mengenai hal ini.
“Macam mana nak bagitahu rumah mentua kotor? Saya bukan tak mahu bermalam di rumah mereka tapi saya nak buang air kecil pun tak sanggup. Saya lagi sanggup pergi tandas awam untuk membuang air.
Dia juga memberitahu bahawa sebelum ini pernah membantu mengemas rumah mak mentua namun keadaan kembali menjadi seperti begitu.
“Saya tak boleh nak masuk dapur dan tandas mereka. Pernah tidur di ruang tamu, tiba-tiba tikus naik di badan saya. Saya pernah bersihkan rumah mereka, akhirnya jadi begitu semula,” luahnya.
Tambahnya, dia pernah berbincang perkara ini dengan si suami dan tidak menjadi sebarang isu kerana suaminya memahami namun ibu mentua sering terasa hati.
“Saya pernah berbincang hal ini dengan suami dan dia faham cuma masa raya haji mak mentua terasa hati dengan kami sebab dah lama tak pernah tidur rumah dia.
“Suami saya suruh saya tunaikan permintaan mak dia dan kami bermalam di sana. Saya rasa terlalu tertekan dengan isu kebersihan ini. Mak mentua selalu tanya kenapa kami taknak tidur di rumah dia,” ujarnya.
Perkongsian wanita ini sudah pastinya mendapat tumpuan warganet dan rata-rata memberi cadangan untuk membincangkan perkara ini bersama ibu mentua.
“Susah nak cakap, yang mengalami sahaja faham. Bincang elok-elok dengan keluarga mentua. Sekali sekala boleh panggilkan servis cuci rumah agar semua selesa,” cadang pengguna media sosial.
Baca juga: Air Pasang Besar Dijangka Berlaku Di Selangor Pada 17-20 Oktober Ini, Utamakan Keselamatan Anda!
Sumber: TikTok Rosette Rose
