Rumah dekat dengan kubur sering kali menjadi topik hangat dalam kalangan pembeli hartanah. Ada yang terus menolak, ada pula yang tertarik kerana harganya lebih murah.
Namun, keputusan untuk membeli kediaman di kawasan sebegini bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia melibatkan pelbagai pertimbangan daripada aspek kepercayaan, nilai semula hartanah, hinggalah kepada faktor emosi dan psikologi.
Baca juga: Remaja 15 Tahun Maut Picit Jerawat Kerana Jangkitan Bakteria & Guna Krim Tidak Sah
RUMAH DEKAT DENGAN KUBUR ADA FAKTA & MITOS KENA TAHU

1. Sukar dijual
Fakta pertama mengenai rumah dekat dengan kubur adalah sukar untuk dijual semula. Ada benarnya tetapi tidak seratus peratus tepat.
Jika lokasi rumah strategik dan harganya berpatutan, pasti ada pembeli yang berminat lebih-lebih lagi di bandar besar di mana pilihan rumah semakin terhad.
2. Susah nak lulus pinjaman – fakta
Sesetengah pihak bank mengenakan syarat lokasi rumah yang tidak boleh berhampiran kawasan perkuburan. Maka, pembeli mungkin berdepan kesukaran untuk mendapatkan pinjaman perumahan jika hartanah berada terlalu hampir dengan kubur.
3. Rumah dekat dengan kubur seram
Ramai menganggap rumah dekat kubur menyeramkan dan membawa ‘aura negatif’. Ini berkait dengan kepercayaan budaya di mana ada yang beranggapan kawasan perkuburan banyak aura negatif.
Disebabkan itu, ada yang percaya ia boleh menjejaskan kesihatan atau membawa nasib malang.

Freepik
4. Kawasan tenang dan kurang sesak
Seperti mana kita tahu, kawasan perkuburan bukan tempat komersial, jadi suasananya cenderung lebih tenang, kurang trafik, dan tidak bising. Ia sesuai untuk individu yang mencari kediaman yang jauh dari kesibukan bandar.
Dalam Islam, tiada larangan khusus yang menyatakan bahawa tidak boleh tinggal berhampiran kawasan perkuburan. Hukum membeli atau mendiami rumah berdekatan dengan kubur adalah harus (dibolehkan) selagi tiada unsur yang bercanggah dengan syariat.
Tinggal di rumah yang berhampiran kubur pastinya menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat. Ada yang melihatnya sebagai peluang memiliki hartanah murah dan ada pula yang terus menolak atas sebab kepercayaan, mitos atau rasa tidak selesa.
Pilihan di tangan anda.
Baca juga: Wajah Anak Fila Amir Jadi Perhatian, Warganet Persoal Tak Sama Macam Ayah, “Itu Kan Ciptaan Allah”
Sumber: 99 Properti
