Euforia Bola 2026
Kini Trending

RM188 Untuk Setahun? Ini Aktiviti & Promosi Menarik Di Genting Sempena Cuti Sekolah

Cuti sekolah dah dekat. Mesti ramai ibu ayah yang tengah fikir dan rancang nak bawa anak jalan-jalan kan?

Kalau nak tempat yang cuaca sejuk, banyak aktiviti dan sesuai untuk semua peringkat umur, Resorts World Genting merupakan salah satu pilihan yang menarik untuk dikunjungi.

Bestnya dekat sini, semua benda, aktiviti ada dalam satu tempat. Nak hotel family friendly ada. Nak aktiviti yang mesra kanak-kanak ada. Nak tempat healing untuk tenangkan fikiran pun ada.

Lebih menarik lagi, sempena cuti sekolah kali ni anda dah boleh bawa family singgah ke Eufloria Gardens & Sculpture Park dan event BUNGA 2026.

Rumah kaca dengan 30,000 bunga tarikan baru Resorts World Genting.

Cuti Sekolah

Sekarang Resorts World Genting ada tarikan baru iaitu Eufloria Gardens & Sculpture Park. Ianya rumah kaca bunga terbesar di Malaysia.

Masuk je sini, terus rasa tenang. Udara sejuk dan nyaman ditemani bunga berwarna-warni dan suasana yang sangat tenang buatkan tempat ini sesuai untuk family spend masa bersama.

Janga risau, anak anda tak akan bosan dekat sini sebab selain ada banyak bunga, Eufloria Gardens & Sculpture Park juga ada:-

  • Air terjun besar dengan paparan digital interaktif
  • Arca zodiak unik
  • Canopy walk
  • Pokok eksotik hutan hujan
  • Lebih 30,000 bunga bermusim

Memang rugi la tak datang sebab dari pagi sampai malam banyak aktiviti anda boleh buat, plus ini spot wajib singgah kalau datang bercuti dengan keluarga ke Resorts World Genting.

Cuti Sekolah

Selain itu, Resorts World Awana juga bakal menganjurkan BUNGA 2026 bermula 3 Jun 2026 hingga 7 Jun 2026.

Festival ini antara pameran bunga terbesar di Malaysia. Di sini pengunjung boleh melihat pelbagai jenis bunga dan orkid rare dari dalam dan luar negara.

Cuti Sekolah

Ada juga bengkel, pertandingan bunga, pop-up booth dan lelongan tumbuhan eksklusif.

Kalau anak anda jenis suka explore benda baru, memang berbaloi datang SINI.

Pas tanpa had untuk setahun hanya RM188

Alang-alang dah ada di Resorts World Genting memang rugi la kalau tak datang Taman Tema Genting SkyWorlds, betul tak?

Sekarang mereka tengah buat promosi pas tanpa had selama setahun pada harga RM188 sahaja.

Cuti Sekolah

Promosi ini berlangsung dari 15 Mei 2026 hingga 31 Ogos 2026 dan terbuka untuk pembeli baru dan juga pemegang pass sedia ada yang nak renew.

Dengan pas tanpa had ini, anda boleh masuk Taman Tema Genting SkyWorlds tanpa had selama 365 hari kecuali pada blackout dates.

Maksudnya, bukan hanya waktu cuti sekolah saja boleh datang. Bila-bila free pun boleh naik Genting.

Berikut adalah Unlimited Pass yang ditawarkan:-

  • Unlimited entry selama setahun
  • Percuma 3 Virtual Queue bagi setiap lawatan
  • 10% diskaun F&B dan retail terpilih
  • 20% diskaun untuk tiket terpilih Taman Tema Genting SkyWorlds bagi pembelian di lokasi.
  • Fleksibel untuk aktifkan dalam tempoh 7 hari pembelian

Berbaloi sangat kan harga yang ditawarkan tu? Kalau kira semula, kosnya lebih kurang 52 sen sahaja sehari.

Pilihan penginapan yang pelbagai dengan promosi eksklusif

Cuti Sekolah

Kalau nak lebih santai, anda stay je terus di Resorts World Genting. Sebab di sana ada banyak pilihan hotel yang best antaranya Genting SkyWorlds Hotel.

Terletak bersebelahan dengan taman tema outdoor. Mereka ada pelbagai pilihan bilik yang sesuai untuk keluarga antaranya bilik Quads dan Sixers yang boleh muatkan sehingga 6 orang dalam satu bilik. Memang selesa untuk family dengan anak kecil.

Pakej yang ditawarkan bermula dari RM467 untuk ahli Genting Rewards (pendaftaran percuma).

Pakej ini termasuk:-

  • 1 malam penginapan
  • 2 tiket standard 1 hari Taman Tema Genting SkyWorlds
  • Baucar RM10 F&B/Retail
  • 3 Virtual Queue
  • Tempoh tempahan dan penginapan sah hingga 31 Disember 2026.

Bila dah ada penginapan yang selesa, mudah la untuk anda rancang aktiviti apa anda nak buat di sana. So, tak la penat and rushing bila buat apa-apa aktiviti.

Lagi satu, hotel ini memang terletak betul-betul dekat dengan taman tema outdoor. Senang anda nak bawak anak main di Taman Tema Genting Skyworld.

Cuti Sekolah

Bagi anda yang sukakan suasana tenang, anda boleh pilih Resorts World Awana.

Terletak di tengah hutan hujan berusia 130 juta tahun, suasana dia memang rasa fresh dan menenangkan. Menariknya, pakej yang ditawarkan menyeluruh seperti dibawah:-

  • Penginapan 2 hari 1 malam (2D1N)
  • Dua tiket masuk ke Eufloria Gardens & Sculpture Park
  • Superior Deluxe atau Superior Deluxe Sixer: Dua kredit makanan bernilai RM18 (sah bermula hari ke-2)
  • Club Suite atau Executive Suite: Dua kredit makanan bernilai RM35 (sah bermula hari ke-2)
  • Villa: Empat kredit makanan bernilai RM35 (sah bermula hari ke-2)
  • Mansion: Enam kredit makanan bernilai RM35 (sah bermula hari ke-2)

Cipta memori bersama keluarga

Kadang-kadang, bukan destinasi mahal yang anak akan ingat. Tapi masa yang diluangkan bersama keluarga.

Sebab itu ramai ibu ayah pilih Resorts World Genting sebagai short getaway waktu cuti sekolah.

Cuaca sejuk, banyak aktiviti boleh buat dan semua ada dalam satu tempat. Nak makan, shopping, staycation dan hiburan, semua lengkap.

Memang syok untuk buat family trip.

Untuk info lanjut dan tempahan, boleh layari laman rasmi Resorts World Genting.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×